Monday, June 15, 2009

KhIdMaT MaSyaRaKat

Hari tu..2 Jun 2009, jabatan cheq ngan kerjasama library wat misi iqra'.. atau lebih dikenali dengan khidmat masyarakat..kali ni tumpuan kita dekat rumah kediaman abu nur, pengkalan hulu, perak darul ridzuan..dekat sana penghuninya semua perempuan..dari umur 6 tahun sampai la ke sekolah menengah...bertolak dari sini pukul 8.00 pagi..sampai dekat sana dekat2 kul 10.00 pagi jugak la..sebabnya..berenti minum jap...lepas tu..sampai la ke tempat yang dituju...erm..sesampai kat sana..bas tak leh nak masuk..sebabnya jalannye yang sempit.. terpaksala kami semua ni menapak..takpela..menapak pun menapak la..nama pun khidmat masyarakat kan?..kenala berkorban jugak kan..apa lagi...kami pun memulakan perjalanan dengan menyusuri jalan tu..segala bukit kami lalui..sampai termengah-mengah dibuatnya...chewah..ayatnya tak tahan sungguh..actually..jalannya tak jauh mana pun..dalam 1km kot rasanya...eksyen je lebih..hahaha..yang barang-barang sumbangan semua selamat diangkat oleh van pihak sana..kalau takde van tu..alamatnya..kamila yang kena angkat..huhuhu... dh sampai depan rumah abu nur tue..terlihat la kanak2 ni dah beratur panjang nak menyambut kedatangan kami...bertudung semuanya..comel2 belaka..kaki melangkah perlahan..hati diruntun sayu taktala melihat kanak2..rasa2nya dalam umur 3, 4 tahun...dalam hati terdetik...ya allah..kecik2 begini dah diuji sebegini rupa..dh tiada orang yang tersayang..beruntungnya aku kerana masih mempunyai ibu...erm...taktala bersalaman dengan adik-adik disana...air mata bergenang tidak kusedari..sedihnya la.... takperla..selesai bersalaman aktiviti memunggah pun bermula...tapi sebelum tu kan..korang nak tau tak..budak yang dalam lingkungan umur 3, 4 tahun tu kan...setelah diberitahu oleh unsur2 yang dipercayai..diaorang tu rupa2nya anak staf kat situ..caiTTT....wat orang sedey jek tau...kalau tau anak staf kak situ takderla orang2 ni nak feeling2 abis...wat rugi air mata ni jek tau...hehehe..tak suka..tak suka...

aktiviti memunggah barang baru bermula..aku memerhati jek la..tak le nak angkat berat2 ni semua... hehehe

Setelah selesai memunggah semuanya..ada sedikit taklimat..kemudian kami dibahagikan kepada dua kumpulan..satu kumpulan memasak n satu kumpulan membangunkan sudut bacaan untuk adik2 ni..aku dengan rela hati mengikut kumpulan memasak... hahaha..sebenarnya takde masak apa2 pun...tolong2 kacau n tolong2 rasa ja...hahahah..lepas aktiviti masak2..apa lagi..makan time ler..hahaha

lepas aktiviti memasak n membasuh semua..selepas solat zohor..kami mengadakan plak aktiviti untuk bebudak ni..diaorang ni dipecahkan kepada dua kumpulan...group aku kena handle bebudak sekolah rendah, kami wat game ala2 budak2 kat diorang...tiup2 belon.., group satu lagi kena handle bebudak skolah menengah..diaorang ni kena wat explorace... kira abis game tu..semua enjoy ler..mana taknya..semua dapat hadiah..menang kalah semua dapat hadiah..yang bestnya tengok bebudak sekolah rendah la..happy sangat bila dapat hadiah...

Dalam pukul 5.30 ptg selesai semua aktiviti...dan masa untuk pulang...sedih jugak nak meninggalkan diaorang..yer la..sehari suntuk dengan diorang...masak bersama, mencuci bersama, membersih bersama, bermain bersama...mana tak sedih kan adik2 ni...erm..ada la juga yang nak mengikut kami balik..ish2..maner boleh dik ooiii... letih ooo...walaupun letih tapi gembira juga...alhamdulilah... bagus jugak aktiviti camni..dapat mengeratkan lagi hubungan dengan orang luar....

No comments: