Thursday, June 25, 2009

HaNzaLah - RaBBaNi

HANZALAH?.. ramai orang tanya aku apa makna nama anak aku nie..hanzalah...erm...sebenarnya nama hanzalah ni abg nasem aku nak sangat2 letak kat nama anak dia yang pertama..itupun kalau yang lahir tu anak lelaki..alhamdulilah..sekali yang lahir benar2 anak lelaki... apa lagi..dinamakan dengan nama muhammad hanzalah...hanzalah ni adalah nama seorang sahabat nabi yang mati syahid kerana menegakkan islam... aku ari tu aku gi umah pak andak aku...dia tanya la nama anak aku ni apa..aku pun bagitau la hanzalah...dia gtau kat aku..pak andak nak sangat letak nama anak dia hanzalah kalau ada rezeki lagi..tapi dh takda rezeki, nama hanzalah ni dapat kat cucu sedara pun jadi la..lepas tu anak mak andak ni gtau aku yang rabbani ada wat lagu hanzalah...aku kata tak pernah tau pun..padahal tak pernah dengar langsung...aku pun apa lagi..terus godek2 cari lagu tue..sekali dapat daa.. ni ha aku bagi link lagu tu ngan lirik dia...cuba la dengar...
Relakanlah perpisahan kita ini
Iringilah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tidak henti
Moga Islam terus berdiri
Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga
Berpisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah
Dengan nama-Mu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin
HANZALAH pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya
Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke Firdausi
Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan
Rela menyahut seruan
Demi Islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan

2 comments:

Ukhty kamariah Kassim said...

insyallah saya pun nak bagi nama nie!!saya minat nama nie ^_^

Anonymous said...

salam...saya pon nama handzalah jugak :)