Friday, September 30, 2011

MaApTaTaMi

Kisahnya semalam...
Melayan hanzalah tengok tv..

Tiba-tiba...
Hanzalah datang dekat dengan aku...
Sambil peluk2 dan cium aku..
Dengan lembutnya dia berkata....
"Ibuuuuu..... abg nak tengok maaptatami"
aku bertanya balik.. "abg nak tengok apa?"
padahal time tu aku memang tau dia nak tengok apa...
Dengan hangguk kepala dia sikit2..dia jawab lagi...
"Abg nk tengok maaptatami" ..

So, aku pun capai pendrive...dan pasangkan cerita permintaan dia tue..
Bukan main seronok lagi...
Siap ikut lagi nyanyian orang tue...

Agak-agak korang la...
Apa dia maaptatami tue...?
Sebenarnya... maaptatami tue.. adalah MAAFKAN KAMI...
Lagu dalam citer Pendekar Bujang Lapok tue la...
Suka bebenor dia lagu tue...

Lepas ni nak kena carik kat dia lagu "Aci - aci buka mintu" plak..
hehe..

Thursday, September 29, 2011

BeSt SaNGat

Semalam...
Dinner semalam adalah yang terbaekkk....
Menunya adalah..
Ikan Terubuk Bakar + Air Asam
dan yang paling best adalah.... TELUR SOTONG goreng kunyit....
Gilers ah..sedap...
Berbaloi-baloi beli telur sotong yang fresh tu kat kak imah..
Nanti boleh order lagi... puas makan masak sendiri....

Memang best la...
Sampai ikan terubuk tu pun dah tolak tepi..
Al maklumla..aku ni memang penggemar telur sotong...
Hanzalah dan abg nasem ngan mak aku pun suka makan...
Yang syoknya..harga dia memang berpatutan,
Bukan boleh masak sekali je..
boleh masak berkali-kali...
memang puas hati sangat2 la... :)

*tak sempat nak snap gambar...dah teruja sangat nak makan telur sotong *

Tuesday, September 27, 2011

..TaK TeRuCaP..

Kenapa?
Mengapa?

Kenapa harus ada manusia yang mementingkan diri..
Mengapa harus ada manusia yang tak memikirkan diri orang lain...

Semuanya ini terjadi kerana satu sebab..
Sebab yang hanya diri sendiri sahaja yang tahu...
Tidak pernahkan terfikir oleh mereka kenapa kita perlu berbuat demikian...
Sedangkan Allah bagi kita fikiran untuk berfikir...

Setiap perbuatan yang diperlakukan mestila ada sebabnya...
Dan setiap kejadian itu terjadi mesti ada penyebabnya...
Kenapa mesti dipersalahkan mereka-mereka yang tersepit dek keadaan...

Cubalah...
Fahamilah....
Terimalah keadaan itu...
Susah kah untuk memaafkan sesuatu kesilapan...
Apa besar sangatkan kesilapan itu...?

Sesungguhnya hati terluka dek perbuatan orang-orang yang mementingkan diri...

Apa-apa pun kita harus bersabar...
Banyak benda lagi yang perlu diselesaikan....

Oleh itu...sayangila orang disekeliling anda..
Jangan biarkan perasaaan menguasai diri...

*Chewah..duk  merepek meraban apa tak tau la..laju ja jari ni menaip*
  Kalau suka baca la..kalau tak suka...buat tak tau ja..
  sebab rasa macam nak menulis..tu yang keluar semua tue..

*Duk cari2 buku novel yang aku tulis masa zaman sekolah menengah dulu...dah hilang..huhu*
  Novel kisah zaman aku sekolah..hehehe :)

Monday, September 26, 2011

SuAsANa HaRi RaYa_LaSt PaRt...

Okeh..
Ni last entry untuk suasana hari raya..
Maklumla kan..dah dipenguhujung syawal..harus entrynya pun mesti yang last..

Walaupun citer tu agak basi umpama ketupat basi..
Aku tetap akan hapdet jugak okay..
Ikutla korang suka ka tak..aku tetap akan hapdet..
Sebab ini blog aku yang Punyaaaa...sapa punya? Ahmad Albab yang punya... haha...
Ish2..melalut apa ntah ler...

Dah..jom ke cerita yang sebenarnya... dan sebenarnya... (mcm lagu yuna)

Kejadiannya raya keempat...
Dahla letih berjalan-jalan ke Jeniang + Tasik Beris pun tak hilang lagi..
Bangun-bangun tido..akak aku kata.. "Jom kita gi beraya ke Lumut plak"
Dalam hati aku... APAKAH?
Bior betol...dia kata betol la..siap call cousin aku yang sorang lagi..dia pun nak join jugak..

Apa lagi..
So, di hari raya ke empat..berkonvoikan dua biji kereta..
Kami menuju ke Lumut pulak..rumah cousin aku kat sana...

Alhamdulillah..
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 - 4 jam..
Akhirnya kami sampai juga ke rumah cousin aku tue..
Rehat-rehat jap..lepas tu apa lagi..
Keluar berjalan-jalan la...

Keluarga ku + cousin2 ku..
Bergambar dekat marina apa ntah..
Jetty baru nak gi pangkor..
Cantik gak tempat dia..

Gambar 4 beranak harusla ada okay...
Berlatar belakangkan navy2 punya rumah..

4 kuntum bunga...dan tiba2 ada seorang jejaka di situ...

Okeh...lepas dari marina tu...
Kami ke Lumut Waterfront plak..
Lepak2 kat situ..amik angin malam...

Ini budak yang baru mendapat kaki..
Berjalan tak berenti-renti..
Ke sana ke mari..

Tengok tue..siap nak memanjat lagi..

Hanzalah duk merenung apa la tue...
Masing2 duk wat gaya menelefon..
Duk telefon sapa tak tau la...
Tengok Hanzalah tue..butang baju pun tak mau nak butangkan..
Nak biar terbuka mcm tue..

Tido dekat lumut semalam...
Lepas tu..raya ke -5 kami balik plak ke Penang...
Masa on da way balik tu tak dak la menyinggah ke mana2..

Keesokkannya..
Ada kenduri dekat Parit Buntar..
So, Apa lagi..ke Parit Buntar dan alang2 dah sampai Parit Buntar tue..
Singgah rumah anak angkat mak aku dekat2 situ jugak..

Hanzalah dengan sinchan..
Kalut nak pegang kamera...
Mak aku bergambar dengan cucu + cucu angkatnya..

apa la diaorang duk buat nie...?

Dua beradik ni duk kalut buat apa pulak..

Kasut lagi besar dari tuan..
Budak ni memang suka sangat la kawasan macam nie...
Kawasan sawah..kejap2 nak p tangkap ikan la...
Nak amik sayur la...Macam2 hal dia..

Time ni dia ajak teman dia potong pokok...
Tue..tengok tue tangan dia konon-konon tengah memotong pokokla

Lepas gi kenduri semua..
Kami pun bertolak balik ke penang dan akak aku bertolak balik ke Selangor...

Okeh..
Selesai sudah cerita bab raya...
Akhir sekali...
Tuan Blog titipkan gambar bersama suami terchenta....
Berlatar belakangkan kebun pandan..hehe...
Suka la gambor nie...Tq along sebab amik gambar chu cantik sekali..

Sekian..

Thursday, September 22, 2011

DiKaLa IsTeRimU MeNaNgiS..

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk
begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Wednesday, September 21, 2011

~C.a.K.a.P a.P.e?_1~

Di suatu petang..
Ketika di dalam kereta..
Ketika dalam perjalanan pulang dari bersiar-siar bersama anak-anak..
Pada ketika itu..hari sudah makin gelap..nak malam la katakan...
Terserempak dengan sebuah kereta polis...

Tiba-tiba hanzalah bertanya..
Begini dialognya...

Hanzalah  : Ibu, keteta apa tu?
Ibu            : Itu ambulans la abang... (saja ja bagi jawapan salah)

Hanzalah  : Bukanla ibu..tu keteta pulish.. (polis)
Ibu           : Polis ek abang..? btolll..pandai anak ibu...
Hanzalah : Ibu, awat keteta pulish tu tidoq?
Ibu           : (Dengan muka hairan) Keta polis tidoq kat mana abang?
Hanzalah : Ha..tu keteta pulish mangun dah...
Ibu          : (Tergelak dengan abg nasem)..


Nak tau tak kenapa dia kata keta polis tu tido dan mangun dah??
Rupa-rupanya..masa mula-mula dia tengok kereta polis tu..dia tak pasang lampu kereta lagi..
Bila dia dah corner masuk simpang baru dia buka lampu dan time tu la hanzalah kata kereta polis
tu dah mangun tido dah..
Hehe.. Lawak la hanzalah nie...

Nanti kalau ada dialog yang lucu lagi aku share ngan korang semua ek...

Monday, September 19, 2011

mOnDaY KeLiBut

Phewwww...
Monday...
Monday yang penuh dengan kelam kabut = kelibut..

Hari nie...
student-student dah start exam..
dan hari ni jugak.aku akan bertugas di tempat biasa...

Kebetulan pulak hari nie..
Bawa mak aku gi check up dekat hospital bm...
lepas tu niat di hati nak bawa adik cucuk untuk setahun..
Sekali tengok ramai lagi orang..terus batalkan niat tue...

Sesampai dekat makmal..
tgk pakcik2 ko dah ramai..
Erm..
nak kena mula tugas mengajar dah...
Adeh!!!
Mokcik Letih nie...
Kena tunjuk satu persatu plak kat diaorang..
Takpe2..SABAR...
Masih boleh senyum lagi... :)

Sedar tak sedar..masa berlalu begitu pantas..
Tengok2 jam dah pukul 1.30.. alamak!!
Tak makan tengah hari lagi...
Ikutkan pukul 1 tengah hari kena tutup..tapi tak boleh..
Dah minta diaorang keluar pun diaorang still tak keluar..
So terpaksala kami menanti hingga semua keluar...

Dalam pukul 2.30 baru la semua orang takde...
so salam 2.45 barula kami dapat menikmati makanan tengah hari...
Alhamdulillah...

Tuesday, September 13, 2011

SuASaNa HaRi RaYa_PaRt 3

Okeh!!
Cerita pasal raya lagi...
Sambungan dari entry nih
Raya ketiga...
Plan nak ke Bukit Teh, dan Jeniang...

Lepas sesiap semua..
Apa lagi..sesi bergambaran...

Keluargaku di Penang..

4 beranak mesti ada...

Inilah keluargaku...bersama ibu dan akak2 aku...
Tak ramai pun..kami 3 beradik je...Semua perempuan..

Hero aku tak lepas dengan basikalnya..

Ini budak baru dapat kaki..
Berjalan tak berenti-renti..

Inila cucu-cucu mak aku...
Dua lelaki.. dua perempuan...

Lepas siap semua..
Pegi bukit teh..melawat paklang aku yang sakit..
Duduk situ kejap...
Terus ke Jeniang, Kedah..Umah anak angkat mak aku...
Sesampai kat jeniang..lepas makan-makan dan rehat..
akak aku nak cari pokok anggur..
kebetulan jeniang tu dah dekat dengan tasik beris, sik...
apa lagi...cargasssssss....lebih kurang 1/2 jam jek...

Sampai kat sana lebih kurang pukul 6.00 petang..
Ladang anggur dah tutup...
So boleh bergambar dekat luar je la..
Jadila..
Tapi...perkara yang dicari iaitu pokok anggur dah dapat... :)


Suka gambar nie...

Family ku... + anak angkat mak aku...
Abang nasem ngan adik..dekat air pancut...

Adik tengok apa tue...
Tak dapat masuk dalam..
Bergambar dekat banner pun jadila.

Budak yang super duper lasak...
Siap2 ngan payung lagi...
Berlari sana sini...

Aku dengan akak aku yang perasan kurusssssssshhh...
Tapi memang dah kurus skit dah pun..

Bergambar dengan suami terchentaaa...


4 beranak bergambar dekat tasik beris..
best la kat sini...pemandangan dia cantik..tenang ja..

Ini budak tak tau duk diam..
Nak berjalan ja ke sana sini...

Lepak jap kat tasik tu...
Lebih kurang pukul 7.00 malam gerak balik penang...
sampai umah lebih kurang pukul 10 malam..

Okeh..selesai entry part 3..
Tunggu last part plak yer...

Monday, September 12, 2011

KaMpUnGkU BaNjIR LaGi....

Kejadiannya 11 September 2011 iaitu semalam...

Serasa aku la..Hujan turun dengan lebatnya dari pukul 3.00 pagi..
Lebih kurang 4.30 pagi mak aku kejut suruh alih kereta...
Sebabnya air dah penuh dekat garaj kereta..

Bangun..gosok2 mata...
Tengok tayar tak tenggelam lagi..
Cakap kat mak.. "Takpa tu mak..ayaq tak banyak lagi.."
Masuk sambung tidor balik...

Tak dan lama mana..
Lebih kurang 5.30 pagi..mak kejut balik...
Tengok2..tayar keta dah separuh tenggelam..
apa lagi..kejut abang nasem suruh alihkan kereta...

Start bangun tu..dah tak tido dah...
Tunggu ja air naik..Takut2 masuk dalam rumah...
Tapi alhamdulillah..sejak dua menjak buat tembok besar depan pintu umah...
Air dah tak masuk dah...

Gambar ni di ambil lebih kurang pukul 8.00 pagi..
Time ni hujan masih turun..
Air dah takat lutut dah...
Risau jugak takut air makin banyak...
Kereta orang kampung semua diletakkan kat tepi jalan...

Lebih kurang pukul 12 lebih2 tu..
Hujan dah berenti..
Air pun dah surut skit...
Apa lagi..anak2 teringin nak main air..
Nak2 hanzalah.. nak mandi air kolam..
Bagi adik menjamah skit ja kakinya dengan air..
Lebih2 tak boleh ya adik...

Hat ni tak leh kata apa dah..
Selagi tak bagi main air..selagi tu la duk nangis...
Bagi dia main kejap..lepas tu okay la..
Yang syoknya...lepas dia main tu..boleh dia gitau kat aku..
"Ibu...syokla abg mandi ayaq lut = laut" hehehe

Alhamdulillah..
Air surut lebih kurang pukul 3.30 petang...
Nasib baik tak berlarutan..

Thursday, September 8, 2011

SuAsAnA HaRi RaYa_PaRt 2

Okeh..
Sambungan dari entry nih
Setelah pengumuman raya dibuat...esok rayeeee!!
Akulah orang yang paling gumbira...
Sebabnye dapat berpuasa penuh tahun nie.. alhamdulillah...

Pagi raya...
Anak-anak pun bangun awal..
Macam tau-tau ja hari tu hari raya...hehe..
Abg nasem dan adik-adik pegi bersolat hari raya di masjid kayangan brinchang..
So sementara menunggu diaorang balik dari solat hari raya,
sempat la aku siapkan dua hero aku tue...
Jenuh nak bagi mandi pagi-pagi nie..air sejuk giler...
nasib baik ada air panas.. tp sementara nak masuk dalam bilik air tu jenuh jugakla memujuk..

Lepas abg nasem balik dari solat apa lagi...
Ajak abg nasem bergambar..

 Gambar di pagi raya...
Gambar sekeluarga di pagi raya..
tema purple occay..boleh la kan..kaler nak akan-akan sama..hehe
Jenuh jugak nak amik gambor nie..
tgk la adik tue...susah bebenor nak amik gambor dia...
asyik nak buang ja songkok tue...

 Melayan adik bermain... adik tengah belajar sesuatu tue...

Suka gambor 2 beranak nie..
Hanzalah dah pandai skit dah bila bergambar...

Akhirnya...dapat jugak snap gambor adik pakai songkok..
Punya la susah nak suruh dia pakai songkok...

Hanzalah berposing dengan baju rayanya...
Nak amik gambor dua beradik pun jenuh...
Takde satu yang elok pun gambor mereka berdua nih..
Yang elok cuma yang ni..dua-dua tengah makan kuih kapit@sepit

Selepas semua anak+menantu+cucu berkumpul...
sesi bermaaf-maafan pun bermula...
Syahdu giler time nie..teringat kat arwah bapa mentua + arwah abah + teringat keluarga kat penang..
Huhu...air mata tu nak mengalir ja..tapi still leh tahan...nangis dalam hati ja...

 Giliran abg nasem minta maaf dengan maknye dulu...
Giliran aku pula..time ni tahan air mata jek..
Kalau aku hujan..nanti mak mentua aku pun akan hujan jugak...

Bergambor ja la cucu dengan opahnya...
 Adik pun nak bergambor dengan opah jugak...

Keluargakku bersama mak mentua...
Tengokla muka hanzalah tue...geram je tengok..suke tau buat muka macam tue..

Ehem! Ehem!
Aku plak minta maaf kat suami terchenta...abg nasem...
Tp kenapa ada budak tu menyibuk je..huhu..

Selesai sesi bermaaf-maafan..
apa lagi....
Hanzalah..mulakan tugasan andaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Sesi kutip duit raya...hehehe
dah pandai dah pegang sampul duit raya tue...

Bergambar kenangan sekeluarga...
semua ada...cuma yang takda kak yong..
tahun ni dia beraya dekat seremban...

Gaya santai kami...
Semua jerit "MERDEKA".....

Selesai semua tue..
sesi berjalan-jalan ke rumah sanak saudara..
Tapi sebelum tu pegi menziarahi kubur arwah bapa mentua ku dulu...

 Hanzalah posing dekat keta ayahnya...

 4 beranak siap sedia nak berjalan dah...

Menziarahi pusara ayah mentua ku...

Selesai menziairahi pusara...pegi ke umah pak uda kat taman sedia, tanah rata..
kat sini tak bergambar apa pun..makan macam2...

Lepas balik dari umah pak uda..pegi rumah kawan abg nasem and jiran-jiran kat situ..
ada yang jamu bbq lamb dengan ayam..sedap..
ada yang menjamu nasik goreng..
ketupat + lemang + rendang mmg menu wajib la...
so..pada hari raya pertama... perut adalah tersaaaaangaaatttt KENYANGGG.......

malam tu..tak da aktiviti..
sebelum tido mengemas kain baju untuk balik penang...

Keesokkannya...
Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari kami bergerak balik penang...
Jalan macam biasala kat cameron time-time cuti ni.. SESAKKKKK!!!
Sakit kepala + rimas..tp macam manapun kena harungi jugak...

Alhamdulillah la..
Sepanjang perjalanan nak turun dan sampai dekat RnR Taiping anak-anak aku tido..
Lega la skit..tidak jenuh nak bersilat dalam keta ngan diaorang..nak-nak hanzalah tue..
dia suka muntah bila jalan bengkang bengkok nie,...

Dua beradik nyenyak tido..
Letih gi beraya kot semalam...
Hanzalah dah amik port dia..adik lena di pangkuan aku..

Jalan kat highway pun sesak skit..maybe orang dah kuar beraya...
Tapi dalam kesesakan tu..ada yang amik kesempatan memotong ikut kiri..
ish..ish...ish..tak reti2 nak bersabar langsung...

Alhamdulillah..
Kami selamat sampai kat penang lebih kurang dekat pukul 7 jugak la...
mana taknya..jalan adalah sangat sesak..tak leh laju-laju...

Okeh!!
Tunggu next entry plak yer...
Beraya sakan tahun nie..hehe