Thursday, June 11, 2009

KeNaNgaN AbADi - ArWaH BaPa MeRtUAku

erm...bila tgk2 balik ternampak gambar arwah bapa mentua aku..tiba-tiba hati terasa sayu saja...tiba-tiba hati jadi rindu pada gelak tawa dia.. Al-Fatihah... Untuk pengetahuan korang, arwah bapa mertua aku ni seorang yang happy go lucky..asyik gelak saja orang nya..aku sempat bermanja dengan dia sebagai anak menantu dalam setahun je rasanya... tp yang sedihnya..dia sempat tengok anak aku sekali saje..tu pun selepas 3 hari aku bersalin..lepas tu kami ada la bercadang nak balik cameron masa raya cina tahun lepas..tapi tak kesampaian...lagi seminggu nak raya cina, petang tu sedang kami berehat-rehat anak beranak..aku terima mesej dari yop.. 'abah masuk spital, wad kecemasan'...hati mula tak tenteram..terus call yop..apa2 perkembangan terkini tolong bagitau...sedang berkira-kira nak balik atau tak ke cameron highlands..dapat satu lagi mesej.. 'abah dh stabil skit..Dr. masukkan oksigen' tak sampai lima minit mesej tu diterima terus terima panggilan dari yop.. 'abah dah takde'... ya allah..begitu cepat abah meninggalkan kita...suami aku tidak dapat menahan kesedihan..pertama kali merasa kehilangan orang yang disayanginya..aku cuma mampu menenangkannya..petang tu juga kami bergegas balik ke cameron highlands dengan keadaan aku yang lagi tiga hari nak habis pantang..aku berserah kepada allah...moga allah melindungi kami sekeluarga...kami sampai di simpang pulai waktu maghrib..berhenti sembahyang di masjid kemudian baru meneruskan perjalanan menaiki cameron highlands..hampir pukul 9.00 malam kami selamat tiba di sana.alhamdulilah..setelah sampai di rumah pak uda..aku segera menemui ibu mentuaku...kami berpelukan... 'abahmu dh takde...' itu yang termampu kuar dari mulut ibu mertuaku...ku peluk ibu mentuaku sambil menangis teresak-esak...apa2 pun..arwah bapa mentua aku selamat dikebumikan keesokkannya...alhamdulilah.. apa yang aku terkilan,arwah bapa mentuaku tidak sempat melihat anak kami untuk kali kedua... ibu mentua aku ada bercerita..dia beria-ia tanya btol ker kami nak balik raya cina ni...tapi tak sempat..apa2 pun...kami semua redha dengan pemergian dia yang mengejutkan kami seisi kerana dia tak sakit apa2 pun..apa2 pun kami doakan agar rohnya dicucuri rahmat..amin...

No comments: