Thursday, August 27, 2009

MiNi KoNveNsyeN KiK 2009

Hari ni aku ada presenstation untuk Mini Konvensyekn KIK Staf 2009...takutnya aku..doakan aku yer kawan-kawan...moga dapat membentang dengan tenang dan aman..chewah......
Nanti insyallah aku letakkan gambar-gambar tu nanti kat sini.. tue pun kalau ada la..hehehe

Wednesday, August 26, 2009

HaNzaLah DaPat KaSut BaRu...

Ari tu aku gi jalan-jalan ngan abang nasem..abang nasem nak beli kasut dia..dapat kupon free tempat keja dia bagi..hihi..so apa lagi...shopping lew...aku gi tak bawa hanzalah..takut la nak bawa hanzalah jalan2 sekarang..yer la..macam kes duk ada kan..so lebih baik kita mencegah dari merawat...

jalan punya jalan..pilih punya pilih..aku pun tak tau dah nak suggest kasut mana kat abang aku tue..semua dia tunjuk kat aku, aku kata cantik..memang cantik pun hihihi... lepas dia dapat kasut yang dia nak tue..ada balance duit lagi..dari membazir baik aku beli kasut aku ngan hanzalah..hahaha..so aku pun mencari la kasut untuk aku ngan hanzalah... tapi aku beli selipar jek...hahaha...lepas pusing-pusing dalam kedai tu nampak satu kasut untuk budak kecik..macam padan jek ngan hanzalah..apa lagi serbat jek terus...hehehe...

"mekasih yer ibu & ayah belikan hanzalah kasut baru nie"
muka hepi dapat pakai kasut baru...hihihi..
sekarang hanzalah dah pandai nak main-main kat luar...so bila letak dalam walker tu nnt bole la dia pakai kasut nie...

"ada macam model tak ibu" hihihi..hanzalah menggayakan kasut barunyer....
nnt ibu belikan hanzalah kasut lagi yer....hehehe..

DaPat Kad DaRi maMaZiLa

aku dapat kad ni dari mamazila..kawan seinduksi dan seBTN ngan aku..dia ni dari UiTM Perlis...thanks yer mama....aku baru amik nie..yer la bz ngan kerja..kui kui kui..
Selamat berpuasa untuk semua umat islam...

Tuesday, August 25, 2009

uNtUKmU kaWan2 Ku....

Sempena bulan puasa ni kita buat tazkirah sikit la yer...chewah...Aku ambil petikan ni dari email..member aku forward untuk aku...juz nak berkongsi la dengan korang semua...

SOALAN 1: Yang mana patut dikerjakan dahulu, puasa 6 atau puasa qadha?

JAWAPAN : Wajib mendahulukan puasa qada' daripada puasa sunnat.Saudari boleh mengerjakan puasa qada' Ramadhan pada bulan Syawal yang secara sekaligus akan dapat pahala puasa sunnat di bulan Syawal. Puasa enam sebaik-baiknya adalah dilaksanakan secara berturut-turut, tetapi boleh juga dilakukan dengan berselang dan tidak menjadi kesalahan dari sudut hukum

SOALAN 2 : Apakah hukumnya wanita yang memakai gelang yang berloceng dan mengeluarkan bunyi ketika berjalan.

JAWAPAN : Kaum wanita diharamkan memakai gelang kaki yang berloceng, Ini merujuk kepada kitab Bahrul Mazi, (ringkasan Sahih al-Tamizi), memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa al-Tirmizi yang maksudnya: "Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng " Oleh yang demikian, kaum wanita hendaklah mengelakkan diri dari memakaikan gelang kaki yang ada loceng kerana ia boleh menarik pandangan awam. SOALAN 3 : Apakah hukumnya seseorang lelaki memakai gelang tangan, tak kira samada ianya tembaga, emas, tali, getah dan sebagai ? Lelaki memakai gelang magnet untuk tujuan penjagaan kesihatan, apakah hukumnya. JAWAPAN :Haram bagi lelaki memakai gelang emas, kerana perhiasan seumpama itu adalah bagi kaum wanita.Selain daripada itu kaum lelaki diharuskan memakai cincin daripada perak dan tidak digalakkan memakai gelang tangan daripada tembaga, tali , getah dan sebagainya atau untuk tujuan kesihatan yang tidak dapat dielakkan melainkan dengan berbuat demikian sehingga boleh memberikan kemudaratan kepada nyawa , maka ia diharuskan.

SOALAN 4: Terlupa membaca niat puasa pd bln ramadhan utk esok hari.apakah yg patut sya lakukan?adakah ia dikategorikan sbg xtak puasa perlu diqada' puasa atau......?
JAWAPAN: Batal puasa tanpa niat dan wajib diqada puasa tersebut.
SOALAN 5 : saya ingin mengetahui apakah hukum bagi ibu yang menyusukan anak meninggalkan puasa di bulan ramadhan. dan bagaimana melakukannya.
JAWAPAN: Ibu yang menyusukan anak boleh melakukan ibadah puasa seperti biasa. Jika dia bimbangkan kesihatan anaknya, maka dia boleh meninggalkan puasa dan dia wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah. Sekiranya dia bimbangkan kemudaratan pada dirinya sahaja,wajib ke atasnya qada dan tidak wajib fidyah.
Hasil diperolehi dari laman web http://www.islamgrid.gov.my/
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK....

Friday, August 21, 2009

HaNzaLah aNak Ibu..

Dah lama rasanya aku tak citer pasal hanzalah ni..semalam melayan hanzalah main sampai kul 12.30 pagi...seronok bukan main dia...yer la..waktu malam je la yang ada masa pun untuk dia main-main ngan ayah dan ibu dia semalam..hanzalah sekarang dah boleh merangkak n memanjat dekat orang...kalau letak dekat-dekat kerusi dia dah boleh bangun sendiri...tapi kita kena pegang jugak la..takut terjatuh kan...hehehe..gigi pun dah nak masuk 6 batang dah..kejap jek anak ibu ni besar..minggu depan nak balik kampung (Cameron Highlands) insyallah..jumpa sepupu hanzalah yang sebaya umur dengan dia...dah lama tak balik Cameron..yer la..masing-masing bz..so ingat merdeka ni balik sana la..lagipun opah dah rindu ngan hanzalah nie...sekarang ni kan hanzalah dah pandai buat mata..kalau kita suap makanan yang dia tak pernah makan...nanti dia wat mata dengan siap senyum-senyum simpul sekali..cute sangat...aku tak sempat nak snap..nanti kalau dia wat lagi bole la aku snap and tunjuk dekat korang yer....

seronok hanzalah dapat main dengan ayah dia...yer la..berapa hari ayah gi berkerja kat melaka tinggal dia...rindu sangat la tue...tengah duk melompat-lompat time nie..
"cepat-cepat ibu ambik gambar hanzalah..dah ready ni"

dah letih main...ha tengok la tue..tido dengan keletihannya...hanzalah-hanzalah...seronok melayan dia..cerdik sangat... hehehe

Tuesday, August 18, 2009

BuFfet RaMaDhaN...

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, Hotel UiTM Pulau Pinang akan mengadakan Buffet Berbuka Puasa di Cafe Pauh De Layang mulai pada 24 hb Ogos hingga 16 hb September, 2009. Pelbagai hidangan menarik yang akan disediakan pada setiap hari dan yang pasti,makanannya sedap dan harganya amatlah berpatutan...Hehehe..aku tolong promosi jek la..sesapa yang lepas ni nak ubah selera nak berbuka kat luar boleh la mencuba masakan di Hotel ni...cuba jangan tak cuba...yihaaaa
ni promosinya..so boleh la call no yang tertera di bawah tu yer....nampak tak? kalau tak nampak YM aku kay...

Monday, August 17, 2009

TaK uPdAte...

Hari ni aku tak sempat nak update blog untuk korang semua...sebabnya bz sangat arini..banyak benda yang nak kena settlekan..tu pun ada yang tak settle lagi...nanti kalau semua dah kembali tenang aku update yer...tungguuuuuu..... hihihi (macam ramai benor pembaca blog aku nie)..chewah! chewah! verangan pi la sat no..hihi...

Friday, August 14, 2009

MaRi MeNdeRmA DaRrRaH......

Semalam tempat kerja aku ada wat kempen menderma darah..so, yang ramai mendermanya adalah student... hehe..kenapa aku tak menderma yer..? taknakla aku...takutla..sebabnya teringat satu peristiwa ni..masa study dulu... teman seeport..classmate aku derma darah kat menara SAAS, uitm Shah Alam.

Cerita dia lebih kurang camni la..masa tu kitaorang dah tau yang ada kempen derma darah kat menara nuun...so masing2 bertanya la..nak menderma ker tak..dapat sijil oooo...aku time tu awal2 dah tarik diri..dalam geng kami berempat..aku, cik net, melly n kak lat's (aishifa.blogspot), hanya kak lat jek yang berani nak menderma darah..hehehe -ingat tak lagi kak lat peristiwa ni-

So berjalan lagi empat gadis pingitan ni kat menara..tetiba terserempak ngan mamat seeport , classmate kitaorang gak....tgk dia dah beratur nak amik darah..so kitaorang pun pegila kat dia..konon2 nak bagi support la...mula dia suruh si seeport ni baring dulu..lepas tu nurse tu pun memulakannya kerjanya...tak tau apa yang aku nampak ni betol ke tak tau la..jarum yang dicucuk untuk amik darah tu agak besar...mak aiiii...lagi la bertambah takut kalau aku nak amik darah ni..seeport dah tak berani nak tengok dah..penakut jugak mamat tue..hihi...lepas jek dia cucuk kat tangan seeport..laju jek darah tu melalui tiub tue...hihi..tak leh..tak leh..aku tak tahan..nanti aku pening...

so kesimpulannya, aku memang takut nak menderma darah nie semua...hehehe

ni gambor di ambil dari depan opis aku...ramai jugak yang duk menderma darah...

Thursday, August 13, 2009

TeRiNgiN LeW...

Ada satu hari tu aku teringin sangat nak makan chicken chop..hehehe.ajak abang nasem teman lunch...akhirnya dapat juga aku makan chicken chop idaman kalbu...

*teringin???!!!* macam ada sesuatu jek kan? hihihihihi

ni ha chicken chopnya..lepas hajat di hati... hihihi

Wednesday, August 12, 2009

YiPPiiEeee...!!! DaPat AwARd...

Ari ni aku dapat award dari LeNgGaNgKaNgkuNg yang telah bersusah payah mencipta award ni untuk kengkawan dia...

Terima kasih yer LeNgGaNgKaNgkuNg...

ni ha awardnya...i like it...hehehe..cantik kan...credit too LeNgGaNgKaNgKuNg...

KeNduRI KeNdAra..

Hari Sabtu malam ahad lepas kami buat kenduri arwah dan kenduri sempena nak menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba nie...alhamdulilah semua berjalan lancar walaupun hujan agak lebat malam tu, tetapi tetamu tetap ramai... kali ni kenduri tak masak-masak kat umah..order lauk dari mak + ayah syeka-sweetheart kita..sedap ooo..semua kata sedap..lepas ni boleh la order lagi yer tikah ek..hehehe

.

ni ha...pemotong tembikai yang diimport dari Selangor...rajin abang ipar aku ni buat kerja dapur..hehehe

anak-anak buah dan anak sedara ku sedang bermain-main sementara menanti orang surau datang...termasuk la anak aku dalam buai tue...

kerja dah settle...tinggal menunggu orang surau datang jek...apa lagi...bukak forum la....

mengintai di balik jendela...pemalu la katakan..hahaha..orang surau dah tiba..ramai giler...penuh rumah aku..alhamdulilah...time ni hanzalah still dalam buai dan ada orang yang mengendoikan dia...aku kenal la pakcik tue..nak angkat dia tak kasi...bagusnya hanzalah nie...diam jek masa diaorang tengah bertahlil..tapi bila orang nak makan..terus bunyi suara...dia bau kot orang nak makan nie...hehehe

kat dapur plak orang perempuan penuh juga..sampai takda lorong nak jalan..tuan rumah tunggu semua habis makan baru la kitaorang makan... tapi bila tengok orang makan kita jadi syok...terus perut pun kenyang jek rasa... lupa lak aku nak amik gambor lauk pauk yang dimasak oleh mak + ayah tikah...yer la...sibuk la katakan..chewah....

Tuesday, August 11, 2009

MaNdi MaNda di AiR TeRjUn JuNjuNg...

Last weekend kakak aku dari Selangor balik kampung..ari sabtu tu dia ajak kitaorang gi berkelah kat air terjun junjung...bukan berkelah sangat pun..saja ja bawa anak buah aku gi mandi manda..suka sangat diaorang ni kalau mandi manda...kat rumah kat selangor juz mandi kolam yang biasa je la kan..mana nak sama mandi dengan air terjun..sejuk dia lain...hehehe.. kitaorang pegi dalam kul 11.00 pagi..dalam kul 11.45 pagi dah sampai kat junjung...dah lama tak pegi sana..rasa macam jauh jek perjalanannya..betul ker jalannya..sebab makin ke depan makin hutan....alhamdulilah..akhirnya kitaorang sampai juga tempat yang dituju dengan selamat....

sesampai kat sana apa lagi..bentang tikar n buka bekal la...hahaha..tengok bebudak bertiga tue...dah tak sabar-sabar nak mandi...suh makan pun taknak makan...

nurul hasanah n aleeya sudah tidak sabar-sabar lagi..dalam hati diaorang berkata bila la aku leh gi mandi nie..sabar yer hasanah n aleeya...

tengok budak kecik nie..tinggai pampers jek..dah tak sabar-sabar juga nak turun nampak gayanya ni... "cepatla ibu..hanzalah nak mandi nie, tak payah la duk bergambar2 lagi"...

hehehe..semua sudah terjun masuk dalam air...seronok yer dapat main air...aku pun tak ketinggalan jugak...tapi juz basahkan kaki jek...

hasanah dan aleeya dah sejuk...hanzalah maintain lagi...tengok tue..betapa geramnya dia nak mandi air terjun nie..hehehe... "cepatla ayah..hanzalah nak mandi nie"..

"best oo mandi ibu..., ibu taknak join ker? tak sejuk pun..kui kui"...
hehe..tak sejuk langsung hanzalah mandi air nie...tak da menggigil langsung..seronok lagi ada la....rasanya dia dah leh bertahan kot..yer la...duk balik cameron jek..rasanya sejuk tu dah biasa baginya...<pandaila aku ni>

sudah-sudah yer hanzalah..nnt kita mandi lagi..tak leh mandi lama-lama...tengok tu dah bukak baju still nak terjun lagi...

Dalam kul dua lebih kami bertolak balik..sampai kat rumah petang tue..hanzalah bukan nak tido..yer la..ramai plak sedara mara yang datang sebabnya malam nanti kami ada buat kenduri arwah (nnt aku letak gambar ni yer)..dekat kul 9 lebih jugak la baru tido...bila selesai semua angkat hanzalah masuk tido dalam bilik....

terkangkang tidonya..letih sangat la tue...ish..ish..dah tak sedar apa dah..kacau pun dah tak layan dah...hehe..

Monday, August 10, 2009

BeNgKeL K.i.K

Khamis dan Jumaat ari tue.. 6-7 Ogos 2009 aku kena pegi Bengkel KIK Staff 2009 sebagai persediaan menghadapi Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTMPP, kalau berjaya baru bole pegi ke Konvensyen KIK Peringkat UiTM Malaysia..insyallah...hehehe...so pengisian dalam bengkel tu tak banyak sangat..cuma benda yang sama ja...so, tujuan bengkel ini adalah untuk mengingatkan kita benda-benda penting yang perlu kita lakukan sebelum membuat pembentangan...pening juga la join KIK nie..mana taknya..mencari masalah n selesai masalah..dengan rajah ishikawa la...pareto la..ish..banyak benda nak kena buat nie..hehe...

Perasmian Bengkel KIK Staff 2009

En. Razak bersemangat sekali menerangkan teknik-teknik kepada kami..en.razak ni kira pakar dalam bidang KIK ni la..

kusyuk bebenor budak laki ni mendengar taklimat nie..sebenarnya pesertanya tak ramai sangat..tapi dibuat dalam dewan besar..nampak macam tak da orang ja..pada sebelah petangnya program ni di pindah ke bilik yang kecil sedikit..baru nampak meriah...

ni ha biliknya.... masa ni dah duk dalam group dah...

kak mai tengah mengedit apa-apa yang patut...rodiah control cun yer...promote2 skit..bujang lagi tue...hehehe...

"ha..betul2..camtu la, bagus setiausaha nie" hehehe....

group-group lain tengah kusyuk berbincang dengan ahli kumpulan masing2...

ni group miss syeka sweetheart kita,, khusyuk nya syeka..wat apa tue...hihihi Pertandingan Mini Konvensyen KIK akan diadakan pada 25 Ogos 2009 ni..ish tak lama dah nie...banyak benda lagi nak kena buat nie...adoila....

Friday, August 7, 2009

SeTeNgAh HaRi Di HosPiTaL...

Ari ni aku kena bawa mak aku gi spital jumpa doktor..kan dulu mak aku penah masuk wad..so diaorang buat appointment suruh datang hari nie...kitaorang pun pegi la awal2 pagi..hanzalah aku tak bawa..tinggal kat umah kat makcik aku...bahaya la bawa bebudak kecik gi spital dengan keadaan sekarang nie...kitaorang sampai agak awal la..dan antara yang terawal jugak la...tapi sampai awal tak bermakna boleh balik awal..hehe...doktor ada hal kecemasan...kata nurse2 kat situ...ada kecemasan...doktor cuba menghidupkan orang yang tgh nazak..bole tak ayat camtue? itu bukan aku yang kata..tapi nurse kat situ yang kata camtue..tapi bagus la nurse kat situ..pandai melawak..takda la garang sesado...hehe....

hehehe..ni dah dekat kul 11 pun tak leh masuk jumpa doktor lagi..muka mak aku yang kebosanan menunggu...lupa nak bawa face mask..tutup ngan tisu je la mak yer.hehe....dalam kul 11.15 camtu baru mak aku dapat jumpa doctor...alhamdulilah..doctor bagitau paru-paru emak aku bertambah ok...pernafasan pun dah lancar...hehe...gembira ja muka emak aku...so next appointment 2 oktober 2009.... lepas dari jumpa doctor tu dah kena gi amik ubat kat farmasi hospital la...erm...dekat kul 12.15 baru settle..balik dari hospital singgah jap kedai beli lauk apa yang patut untuk makan tengah hari...

hehehe..abg nasem aku tengah tido..kesian dia..lama bebenor menunggu...sampai tertido abg nasem aku nie..terima kasih yer abang kerana bersusah payah untuk kami sekeluarga...alhamdulilah aku dapat suami macam abg nasem ni..walaupun kadang tengah-tengah malam bawa emak aku gi spital untuk sedut gas (dulu la) ..dia tak pernah merungut...dia betol-betol amik berat pasal keluarga kami...terima kasih abg....

Wednesday, August 5, 2009

KuRsUs KaUnSeLiNg RaKan SeKerJa...

Semalam aku gi kursus Kaunseling Rakan Sekerja..sambungan dari bulan Julai lepas...kursus tu sepatutnya diadakan pada 22 -23 Julai hari tue..tapi sempat sehari ja..yang 23 hb tu terpaksa ditangguhkan serta merta kerana wabak H1N1 tue...so, semalam kira sambungan untuk menggantikan yang 23 hb la...semalam pun tak banyak sangat benda nak ajar pun..tapi best la ikuti kursus nie..paksu yang jadi penceramah..ingatkan aku pernah citer skit pasal pak su nie..so semalam lepas ceramah skit2..kita orang kena wat role play untuk dua kajian kes..dia bahagikan dua kumpulan....hehehe...aku kena kumpulan empat dan telah dilantik menjadi ketua...tugasan kitorang pasal tini anak orang susah, bapa dah meninggal tinggal mak sorang di kampung..so dia terpaksa membelanjakan separuh dari PTPTN dia bagi menyara ibunya di kampung...tini ni ada abang dengan kakak..tapi langsung tak ambil peduli..ekoran dari tue..tini rasa tertekan dan pelajarannya merosot...dia rasa macam nak bunuh diri bagi menyelesaikan masalahnya....haha...macam berat je kesnya...so kitaorang terpaksa berbincang macam mana nak selesaikan masalah tini..mula-mula kitorang cadang nak berlakon ja..tapi ramai sangat yang malu..tak jadi la..last-last aku briefing skit pasal kisah tini..n panggil dua orang dari group aku untuk melakonkan sesi kaunseling antara tini dan kauselor..hehehe..kira orait jugak la...berjaya juga menyelesaikan masalah tini tue...

Ahli kumpulan lain tengah bersiap sedia untuk menunjukkan sesi kaunseling...

contoh sesi kaunseling yang dilakukan antara klien dan kaunselornya..kira respek la kat diaorang semua nie..yer la..walaupun kursusnya dua hari ja..tapi hasilnya amat membanggakan..kira semua group melakonkan watak dengan berkesan sekali....
balik dari kursus ni...tengok atas meja dapat plak lagi satu surat...kursus KIK plak..adoi la...kursus...kursus..kursus.. Bengkel KIK ni akan diadakan pada 6 & 7 Ogos 2009 sebagai persediaan sebelum Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTMPP...
selamat berkursus semua..................

Tuesday, August 4, 2009

OrAng TeRbAng...

Ari ni aku juz nak cerita ja la...ari ahad lepas aku gi umah mak sedara aku kat Bukit Merah, on da way balik tue atas PLUS highway..duk asyik bersembang dengan mak dengan abg sedara aku, sambil menikmati pemandangan petang dan menyusuri laluan highway tu dengan tenang tiba-tiba terpandang sebelah kiri...berdesup pegi sebiji moto di mana penunggangnya mempamerkan aksi berani mati...punya bagus mat-mat rempit ni jadi superman...terkejut beruk siot tgk diaorang terbang atas moto..gila ker hapa...tak sayang nyawa langsung anak-anak melayu kita ni..tau nak enjoy ja...tu kira first time aku tengok adegan berani mati anak melayu kita ni..selalu duk tgk dalam tv ja la...ni kira tgk live la...ada la dalam 4 biji moto yang ada superman terbang tue...kecut la perut mak yang mengandungkan diaorang tue...apa la yang mat2 rempit tu fikirkan time tue...ingat nak seronok ja kot..berdesup peginya...hilang terus dari pandangan kami...aku tak sempat nak ambik gambor sebab hanzalah tengah tido atas pangkuan aku..hehe.. kitaorang pun meneruskan perjalanan sambil duk membicarakan hal mat rempit tadi..kira-kira dalam 1 km lagi nak sampai ker tol juru..tiba-tiba jem atas highway..dalam hati dah berdetik...mesti accident nie..ntah2 mat rempit yang terbang tadi...yer la...nak ke tol juru jauh la jugak..tak kan jem orang nak bayar sampai kat sini...
tepat tekaan aku...disebelah kiri jalan nampak orang berkerumun ramai..sah memang accident...sesampai dekat orang ramai tue..nampak la budak laki sorang duk terbaring tepi jalan...muka berdarah...tapi nasib baik sedar lagi....tapi sayangnya bukan mat rempit tadi..orang lain yang kena..mat skooter kot...hehe..sebab tgk cantik ja motonya warna biru dilukis-lukis..dia accident dengan kancil..kesian budak tue..baru gi kejadian tue...dalam hati kata kenapa la mat rempit tadi tak kena, biar dia dan kawan-kawan dia sedar skit....hehehe...leh dak berfikiran macam tue..astaghfirullah..so pesanan aku kepada mat-mat rempit..udah la tue..henti-hentikan la merempit ni..tak menguntungkan apa-apa pun..ingat la mak bapak kat rumah yang bersusah payah membesarkan kita...macam mana risaunya diaorang kat rumah..fikir-fikirkanla.....

Monday, August 3, 2009

SaYa TaK PuAs HaTi....

muka budak tak puas hati..gambor ni diambil masa pegi jalan-jalan kat jusco minggu lepas....
amboi hanzalah..jeling kat ibu bukan main yer...marah ibu ker? tajam sungguh jelingannya... hehehe