Tuesday, August 25, 2009

uNtUKmU kaWan2 Ku....

Sempena bulan puasa ni kita buat tazkirah sikit la yer...chewah...Aku ambil petikan ni dari email..member aku forward untuk aku...juz nak berkongsi la dengan korang semua...

SOALAN 1: Yang mana patut dikerjakan dahulu, puasa 6 atau puasa qadha?

JAWAPAN : Wajib mendahulukan puasa qada' daripada puasa sunnat.Saudari boleh mengerjakan puasa qada' Ramadhan pada bulan Syawal yang secara sekaligus akan dapat pahala puasa sunnat di bulan Syawal. Puasa enam sebaik-baiknya adalah dilaksanakan secara berturut-turut, tetapi boleh juga dilakukan dengan berselang dan tidak menjadi kesalahan dari sudut hukum

SOALAN 2 : Apakah hukumnya wanita yang memakai gelang yang berloceng dan mengeluarkan bunyi ketika berjalan.

JAWAPAN : Kaum wanita diharamkan memakai gelang kaki yang berloceng, Ini merujuk kepada kitab Bahrul Mazi, (ringkasan Sahih al-Tamizi), memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa al-Tirmizi yang maksudnya: "Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng " Oleh yang demikian, kaum wanita hendaklah mengelakkan diri dari memakaikan gelang kaki yang ada loceng kerana ia boleh menarik pandangan awam. SOALAN 3 : Apakah hukumnya seseorang lelaki memakai gelang tangan, tak kira samada ianya tembaga, emas, tali, getah dan sebagai ? Lelaki memakai gelang magnet untuk tujuan penjagaan kesihatan, apakah hukumnya. JAWAPAN :Haram bagi lelaki memakai gelang emas, kerana perhiasan seumpama itu adalah bagi kaum wanita.Selain daripada itu kaum lelaki diharuskan memakai cincin daripada perak dan tidak digalakkan memakai gelang tangan daripada tembaga, tali , getah dan sebagainya atau untuk tujuan kesihatan yang tidak dapat dielakkan melainkan dengan berbuat demikian sehingga boleh memberikan kemudaratan kepada nyawa , maka ia diharuskan.

SOALAN 4: Terlupa membaca niat puasa pd bln ramadhan utk esok hari.apakah yg patut sya lakukan?adakah ia dikategorikan sbg xtak puasa perlu diqada' puasa atau......?
JAWAPAN: Batal puasa tanpa niat dan wajib diqada puasa tersebut.
SOALAN 5 : saya ingin mengetahui apakah hukum bagi ibu yang menyusukan anak meninggalkan puasa di bulan ramadhan. dan bagaimana melakukannya.
JAWAPAN: Ibu yang menyusukan anak boleh melakukan ibadah puasa seperti biasa. Jika dia bimbangkan kesihatan anaknya, maka dia boleh meninggalkan puasa dan dia wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah. Sekiranya dia bimbangkan kemudaratan pada dirinya sahaja,wajib ke atasnya qada dan tidak wajib fidyah.
Hasil diperolehi dari laman web http://www.islamgrid.gov.my/
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK....

No comments: