Thursday, September 17, 2009

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfiTri....

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan sepatah dua kata atau terlebih-lebih kata...hehehe
Sempena bulan yang mulia ini saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai kata ada salah silap saya selama ini...
  • First sekali saya nak minta ampun dan maaf kepada abang nasem..my luvly hubby... maafkan sayang yer abang kalau ada salah dan silap harap diampuni..halalkan makan minum..hehe.. terima kasih kerana menjadi suami yang paling da best dalam dunia nie..dan terima kasih kerana menjadi seorang ayah yang prihatin...
  • Second, nak minta ampun dan maaf kepada ibu yang melahirkan aku..jasa mak akan na kenang sampai bila2..sesungguhnya pengorbanan mak terhadap na tak dapat na balas dengan wang ringgit..hanya perhatian serta kasih sayang yang na mampu berikan seperti mana mak memberikan perhatian dan kasih sayang kepada kami sewaktu kami masih kecil sehingga menjadi manusia berguna...
  • Third, aku nak minta ampun dan maaf kepada mak mertua aku (tahun ni aku beraya tanpa bapa mentua kerana dia telah kembali ke Rahmatullah).. Mak ani, ampunkan segala salah silap menantu mu ini..terima kasih kerana menjadi ibu mentua yang paling sporting and da best sekali....
  • Lepas tue, aku nak minta maaf pula kat kakak aku..kak zah n kak kiah..sesungguhnya aku tiada lain kakak hanya kalian berdua sahaja...kita kan tak ramai adik beradik..3 orang sajork..maafkan adikmu ini kalau ada salah dan silap harap dimaafkan..terima kasih juga kerana menjadi kakak yang da best dan banyak membantu adikmu ini menempuhi hari-hari tanpa belaian seorang bapa suatu masa dulu...akan adikmu kenang sampai bila-bila saat-saat suka duka tika bersama...
  • Lepas tue, nak minta maaf kat ipar duai aku..abg roza, yop, kak ita, abg man, kak yong, nurul, yana, kuie, n heri...terima kasih kerana menerima diri ku ini sebagai salah seorang dari keluarga kalian semua...
  • Aku juga nak minta maaf dekat semua mak-mak sedara, pak-pak sedara, abg-abg sedara, kakak-kakak sedara, adik-adik sedara, anak-anak buah..yang jauh atau yang dekat..kalau ada salah dan silap harap diampuni...
  • Dan akhir sekali, kepada yang paling disayangi..member-member aku, tak kira la..member skolah rendah, menengah, alumni OM114, member UiTMPP, member kampung, member blog, member induksi, member BTN, member yang baru kenal, member yang dh lama kenal..member yang baru nak kenal..aku minta maaf zahir sahaja..kalau ada salah ampunkan yer..aku sayang korang semua....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

1 comment:

زاريرح زبيدي said...

selamat hari raya jgk..maaf zahir batin