Friday, August 12, 2011

TazKiRaH di BuLaN RaMaDhaN

Alhamdulillah..
Sedar tak sedar kita dah nak dekat 2 minggu kita berpuasa..
Diharap semoga puasa kita kali ini adalah puasa yang terbaik dan penuh dengan keimanan dan kesabaran, Insyallah..

Occay...
Sempena ramadhan ni..aku juz nak share ngan kengkawan la...

Puasa..apa itu puasa?
Puasa hendaklah dilaksanakan dengan 'manual' lahir dan batin seperti yang ditetapkan sunnah Rasulullah s.a.w.
Latihan berlapar pada siang hari itu perlu diikuti dengan pakej latihan yang berbentuk hablumminallah dan hablumminannas.  Antara pakej latihan itu ialah solat tarawih, membaca Al-Quran, memperbanyakkan sedekah, beriktikaf di masjid dan qiamullail.  Pelaksanaan puasa mest mengikut hukum sah dan batalnya, syarat-syarat dan adab-adab yang telah ditentukan melalui sunnah Rasulullah s.a.w.   Ia tidak boleh dilaksanakan mengikut adat, nilai tradisi atau kebiasaan semata-mata.  Antara sunnah Rasulullah s.a.w. dalam berpuasa ialah:

1) MEMANTAPKAN NIAT
Wajib berniat puasa sebelum terbit fajar.  Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa pada malam hari sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya" (Riwayat Imam Dar a_Qutni dan al-Baihaqi)

2) MELEWATKAN MAKAN SAHUR
Nabi s.a.w. melewatkan makan sahur iaitu sebaik-baiknya sebelum subuh.  Ibn Kathir meriwayatkan bahawa kebanyakkan ulama salaf bertoleransi dalam bab makan sahur sehingga hampir fajar, begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan berkumandang.  Sunnah baginya menyelesaikan dan bukan meludahkan air tersebut.  Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud "Apabila salah seorang daripada kamu mendengar azan sedangkan piring sudah berada ditangan, janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya." (Riwayat al-Hakim)

3) MENINGGALKAN SIKAP PENIPU, BERCAKAP KOTOR DAN KARUT
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang tidak meninggalkan sikap penipu dan beramal dengannya, maka tidaklah Allah s.w.t berhajat untuknya meninggalkan makan dan minumnya" (Riwayat al-Bukhari).  Baginda juga bersabda yang bermaksud  Bukanlah dari itu, dari makan dan minum, namun puasa adalah menahan diri daripada bercakap kosong dan lucah, maka jika seseorang memaki dan menyakitimu, maka katakan "Sesungguhnya aku sedang berpuasa" (Riwayat Ibn. Khuzaimah, hadis sahih).

4) TIDAK BERLEBIHAN DALAM BERKUMUR
Rasulullah s.a.w. berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dan ketika itu Baginda berpuasa, tetapi Baginda tidak melakukannya secara melampau-lampau.  Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud "Berlampau-lampau ketika memasukkan air ke dalam hidung sedangkan ia berpuasa" (Riwayat Abu Daud, hadis sahih).

5) TIDAK BERCUMBU DENGAN ISTERI JIKA TIDAK DAPAT MENAHAN DIRI
Aisyah r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w pernah mencium dan dia sedang berpuasa, dia pernah bercumbu dan dia berpuasa, akan tetapi Bagindalah orang yang kuat menahan syahwatnya daripada kamu sekalian. (muttafaq "alaih).  Baginda tidak menyukai dilakukan atas orang muda kecuali orang tua.  Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya orang tua mampu menahan diri mereka sendiri" (riwayat Ahmad, hadis sahih)

6) MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA
Mempercepatkan berbuka puasa merupakan sunnah Nabi s.a.w tetapi larangan bagi kaum Yahudi dan Nasrani.  Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud "Sentiasa manusia itu berada dalam kebaikan selama ia mendahulukan berbuka puasa" (Muttafaq 'alaih).

7) BERPUASA DAN TIDAK MENINGGALKAN SOLAT
Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meninggalkan satu rukun penting dalam rukun-rukun Islam selepas tauhid.  Puasa tersebut tidak bermanfaat selagi dia meninggalkan solat.  Sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantung kepadanya.

8) MENGHIDUPKAN MALAM DENGAN SOLAT TERAWIH
Rasulullah s.a.w bersabda " Sesungguhnya yang mendirikan solat terawih pada malam haribulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu" (Riwayat Bukhari)

9) MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
Zakat fitrah merupakan amalan fardhu, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menfardhukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan atas manusia". (muttafuq 'alaih)

Sedikit Info lagi...
Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
"BERSAHURLAH KERANA PADA SAHUR ITU ADA KEBERKATAN"

(Sumber diperoleh dari Pusat Islam)

No comments: