Friday, October 7, 2011

TaNpaMu..AkU RiNDu..

7 OKTOBER...
Ada apa dengan 7 Oktober....
Satu tarikh yang tidak pernah akan luput dari ingatanku ini selagi ada hayatku...

Hari ini..
Ketika ini...
Aku tersangat-sangat merinduinya....
Masa berlalu begitu pantas...
Hingga tak tersedar olehku...

7 Oktober 1996 hingga 7 Oktober 2011
genap 15 tahun aku hidup tanpanya..
Sesungguhnya..saat ini aku amat merinduimu ABAH...
Kau pergi dikala aku masih belum puas bermanja denganmu..

Masihku ingat detik-detik terakhir sebelum kau meninggalkan kami sekeluarga...
Waktu itu..aku masih di tingkatan dua..
Berat hati ku untuk melangkah ke sekolah pada tengah hari itu..
Tetapi kau beria-ia menyuruh aku pergi..
Dengan berat hati, aku melangkah jua ke sekolah agar tidak mematahkan harapanmu..
Sebelum pergi..seperti biasa kau akan mengucup aku terlebih dahulu...
Kemudian..kau hantarku dengan lirik mata mu....

Waktu di sekolah..
Hati ku tidak tenang...
Dalam pukul 2.00 petang...
Cikgu datang padaku dan memaklumkan bahawa pakcikku datang untuk menjemputku..
Hatiku makin tidak tenang....
Aku capai beg sekolah ku dan terus ke bilik guru...
Dalam perjalanan ke bilik guru..cikgu meminta aku bersabar...
Aku hanya mampu mengangguk...
Dari jauh ku lihat pakcikku sedang menantikan ku....
Dari matanya dapat ku lihat seakan ada sesuatu yang berlaku...

Aku pulang ke rumah....

Disaat aku tiba di hadapan rumah..
Aku tak mampu untuk melangkah masuk..
Tapi ku gagahi jua..
Aku melihat dikau terbaring dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri..
Hatiku bertambah sayu..
Aku duduk disampingmu bersama mak dan kakak yang sulong
Aku meminta maaf padamu...agar dihalalkan segalanya...
Namun semua itu tidak bermakna lagi...
Tepat jam 2.40 petang kau pergi tinggalkan kami untuk selama-lamanya..........
Duniaku seakan gelap untuk seketika..
Waktu itu..aku lihat mak rebah sambil memangku arwah abah...
Pada ketika itu..yang aku tau hanya menangis dan menangis...
Kalau ku tahu ini semua akan terjadi..aku tidak akan ke sekolah hari itu..
Aku akan sentiasa ada disampingmu...tapi itu KALAU aku tahu...
semua ini sudah suratan yang tertulis...
Dikau beria-ia ingin berjumpa dengan anakmu yang kedua..
Tapi hajatmu tidak kesampaian...
Sewaktu dikau menghembuskan nafas terakhir...
dia dalam perjalanan pulang dari Shah Alam...

Dikau selamat dikebumikan pada keesokkan harinya...
Hampir seminggu aku tidak lalu makan dan minum..
Yang aku tahu hanya menangis dan menangis...
Kerana aku tersangat MANJA denganmu abah..
Masih belum puas aku tidur dilenganmu..
Masih belum puas aku berjalan-jalan denganmu..
Masih belum puas aku menerima kucupanmu..
Walau apa pun..aku harus menerima takdir ini...
Ketentuan yang telah ditetapkan olehNya...
Aku akan kehilanganmu...

Terkadang terdetik cemburu dihati melihat orang mempunyai abah...
Tetapi... Aku harus redha...
YA, AKU REDHA dengan pemergianmu abah...

ABAH....
Sesungguhnya...
Dikala ini aku amat MERINDUIMU ABAH
Tetapi..apakan daya...
Qada' dan QadarNya tiada siapa yang dapat menghalangnya...
Melainkan aku teruskan hidup di dunia ini dan berdoa untuk mu abah....
Agar dikau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...
Ku akhiri luahan hati, bingkisan rindu ini buatmu abah dengan Al-Fatihah..
Agar dikau damai disana...

~AL-FATIHAH~

8 comments:

زاريرح زبيدي said...

waaaa...sedihnya baca cita kak ina..tiba2 teringat plak kat walit irah jugak..kita senasib kan..Allah lebih sayangkan mereka..

lynn82 said...

tu la irah...
kita serupa...
kita kena redha..Allah lebih sayangkan mereka...

Nor Ainun Mansor said...

Sedihnya....apa pun kita sama ja la kan...Berdoa untuk mereka adalah terbaik.....msti hng sedih lynn masa tulis nie kan...

Mommy Nur Zara said...

alahaii.. farah bc hampir kuar air mata. Dia sakit apa eh? ni yg lebih hargai abah n ummi. Semoga roh ditempatkan dikalangan org beriman. \\\\\\\dan jgn putus doa. al-fatihah untuk abah n walit irah

lynn82 said...

Ain..tu la...nasib kita serupa..
memang sedih ain masa tulis nie..berair mata nie...

lynn82 said...

fara...tu la..allah lebih menyayangi dia..hargaila mereka selagi mereka masih ada..

زاريرح زبيدي said...

thanks farah...tu la..hargailah selagi mereka ada..tp xpa kan kak ina..kita akan jumpa jugak mereka dekat syurga nnti...amin...

lynn82 said...

amin..mudah-mudahan...