Showing posts with label KIK. Show all posts
Showing posts with label KIK. Show all posts

Monday, July 25, 2011

MiNi KoNvEnSyeN K.I.K.

Khamis lepas..
Telah berlangsungnya Mini Konvensyen K.I.K peringkat Cawangan..

Alhamdulillah..
Semuanya berjalan seperti yang dirancang...

Kumpulan ku diberikan nama MSC Investigation..
Perghh...dengar nama pun dah best..haha..
Kami kumpulan ke-4 dikehendaki untuk membentang hasil projek.

Jom kita layan gambar aksi-aksi kumpulan sebelum dan selepas..
Layannn

 Masa ni awal pagi lagi..
Muka fresh lagi... tak berdebar-debar sangat...
(*Muka Enchek Sorang tu Macam Nak mArah Jek)

 Time ni semua duk berdebar-debar dah..
tak lama lagi..giliran kami plak..
(*Tgk la Enchek tu..masam lagi...tgh debar nak bentang la tue)

Dan..
Inilah masanya....
 Pembentangan Kumpulan Kami...

 Walaupun yang bentangnya cuma 3 orang..
tp semua ahli kena duduk kat depan..
bagi semangat... dan dapat markah jugak tau..

 boss + kak mai turut juga datang memberikan semangat

Alhamdullilah..selesai sudah pembentangan kumpulan kami...
Lega Rasanya...

Ketua ajak keluar bergambar ramai-ramai bersama ahli kumpulan..

 Tgklah Enchek kumbang tue...
Orang lain sibuk duk beratuq..
dia duk arah apa lagi tak tau la...
dah la tadi muka masam mencuka....

 gambar nie memang aku tak leh tahan tgk..
nak tergelak..
orang lain punya bagus duk posing..
Enchek tue duk wat gaya apa lagi tak tau la kat dia..

 Ha..
ni baru la dapat gambar cantik skit..
ni la ahli-ahli Penyiasat...
MSC Investigation
kesian Enchek tue..dia sorang ja kumbang dalam kumpulan nie..

gaya santai kumpulan kami..
*orang lain duk sibuk bentang kat dalam..kami kat luaq sibuk duk bergambaq*
hehe

 eh..tetibe gambor kecik jek..
jadila..
time ni aku ngan madam syeka
duk meneropong kumpulan lain membuat pembentangan..
maklumla..kumpulan kami dah selesai semuanya..leh la hepi-hepi..

dan inilah ketua jurinya...
dan ada lagi dua juri dari MPC n mana ntah lagi satu..

Keputusannya diumumkan keesokkan harinya pada Perhimpunan bulanan..
dan kumpulan kami telah dianugerahkan..
Anugerah Inovasi ICT Terbaik..
tahniah buat kumpulan kami..

Monday, August 10, 2009

BeNgKeL K.i.K

Khamis dan Jumaat ari tue.. 6-7 Ogos 2009 aku kena pegi Bengkel KIK Staff 2009 sebagai persediaan menghadapi Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTMPP, kalau berjaya baru bole pegi ke Konvensyen KIK Peringkat UiTM Malaysia..insyallah...hehehe...so pengisian dalam bengkel tu tak banyak sangat..cuma benda yang sama ja...so, tujuan bengkel ini adalah untuk mengingatkan kita benda-benda penting yang perlu kita lakukan sebelum membuat pembentangan...pening juga la join KIK nie..mana taknya..mencari masalah n selesai masalah..dengan rajah ishikawa la...pareto la..ish..banyak benda nak kena buat nie..hehe...

Perasmian Bengkel KIK Staff 2009

En. Razak bersemangat sekali menerangkan teknik-teknik kepada kami..en.razak ni kira pakar dalam bidang KIK ni la..

kusyuk bebenor budak laki ni mendengar taklimat nie..sebenarnya pesertanya tak ramai sangat..tapi dibuat dalam dewan besar..nampak macam tak da orang ja..pada sebelah petangnya program ni di pindah ke bilik yang kecil sedikit..baru nampak meriah...

ni ha biliknya.... masa ni dah duk dalam group dah...

kak mai tengah mengedit apa-apa yang patut...rodiah control cun yer...promote2 skit..bujang lagi tue...hehehe...

"ha..betul2..camtu la, bagus setiausaha nie" hehehe....

group-group lain tengah kusyuk berbincang dengan ahli kumpulan masing2...

ni group miss syeka sweetheart kita,, khusyuk nya syeka..wat apa tue...hihihi Pertandingan Mini Konvensyen KIK akan diadakan pada 25 Ogos 2009 ni..ish tak lama dah nie...banyak benda lagi nak kena buat nie...adoila....

Thursday, July 9, 2009

K.I.K

Ni kira cerita lama la...tapi sekarang ni pun duk sibuk duk wat KIK dh..untuk tahun 2009...KIK? apa tu KIK...KIK ni Kumpulan Inovatif Kreatif...kira cari masalah selesai masalah la...ataupun menambah baik apa yang sedia ada. hehehe...tahun lepas group kitaorang berkongsi tempat ketiga dengan bahagian lain...tahun ni tak tau la dapat tempat ke berapa pulak... hehehe... takperla...tempat ke berapa pun tak pa..janji kita mencuba yang terbaik kan..so apa lagi geng2 MSC Investigation & Co... chaiyok! chaiyok!.... harap2 kita berjaya lagi kali nie.... sekarang ni ngah bz ngan KIK dh...hehehe...
ni masa lepas pembentangan tahun 2008...hehehe..masing2 muka lega..
Dan untuk penambahbaikan serta memantapkan lagi kumpulan yang ada aku telah dihantar berkursus KIK ni dekat MPC kepala batas, best ooo kursus tue..yer la...lepas gi kursus tu..tau la serba sedikit lagi tentang KIK nie..terima kasih pada Cikgu Rahman yang banyak membantu...hehehe...
menyiapkan tugasan yang diberikan....
wat kerja ker posing tue...
carta apakah ini?....
semua sedang sibuk nak membentang kertas kerja masing2..
sesi memposingkan diri mesti dan harus ada occay...
sebelum aku p kursus semua ni dalam tahun 2007 aku ada juga mengikuti Konvensyen KIK Peringkat UiTM dekat Melaka...kira orait la..dari situ kita dapat tengok idea-idea kreatif dari cawangan-cawangan lain..best jugak la idea-idea yang diaorang keluarkan n yang tak pernah terfikir kita akan melakukan camtue...sori occay letak gambar lama..bukan apa...godek2 pc jumpa la balik gambar2 lama nie...kui kui kui...jangan marah haa...
ngan kak pah masa nie...tgh take five sebelum kumpulan lain buat pembentangan
aku ngan adik rodiah yang banyak membantu aku...duk fikiaq apa la tue...tak leh tahan la kami dua orang ni p melaka...teringat satu kenangan...masa tu nak amik gambaq la...sekali ada la bebudak laki kat2 situ kacau nak amik gambar pun tak reti dh...tersalah pusing kamera...masa tu konon2nya nak amik gambar berdua sendiri...sekali dh posing bagus punya..rupa2nya aku di amik gambar langit...hampeh btol...salah fokus rupanya.....malu..malu...
malam terakhir..ada dinner....
bergambar pada malam dinner...
antara staf cawangan aku yang ikut juga KIK kat Melaka ni..bergambar depan hotel...
Tahun ni tak tau la dapat pi mana pulak...tak yah pi mana2 pun takpa kot..tak sanggup nak tinggal anak dah ooi.. + anak mak mertua.... hehehe