Friday, March 2, 2012

SeDiH LaGi..

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani..


Bagaimana harusku mulakan bicara ini...
........... KELU................ (termenung sejenak)



Di suatu petang
25 Februari 2012..jam 6 petang..
Hujan lebat....
Mak ngah (akak kepada mak aku)

datang dengan tongkat dan payungnya.. (kesiannya aku tengok)
mak ngah sudahlah berpenyakit lelah dan jantung.
"Kenapa ngah?" tanyaku....
"Ina..tolong pi tengok ayah hang sat" katanya...
Suami dia iaitu Pak Ngah ku...
aku lebih selesa untuk memanggilnya AYAH..
kerana sejak dari kecil ku anggap dia seperti ayahku 
dan sejak pemergian arwah abah, memang aku bergantung harap padanya...


Mak aku membawa makngah pulang dahulu..
kemudian baru abg nasem pergi kerumahnya...

aku dirumah menjaga anak2..dan kebetulan huzaifah masih tido..


Setengah jam berlalu...


Hatiku tidak tenteram..

Abang nasem pulang..katanya ayah hendak ke klinik..
Sakit perut katanya...

Aku kata...aku nak ikut...dan mak sanggup menjaga huzaifah 
Sepantas kilat aku bersiapkan diriku dan hanzalah...
Terus bawa kereta pegi ke rumahnya yang selang hanya dua biji rumah dari rumah kami..
Masa sampai di hadapan jalan masuk rumah..
Nampak dia berdiri di tepi pintu menantikan kami...



Abang nasem keluar memapah dia masuk ke dalam kereta...
dan dia duduk di belakang..aku dengan hanzalah duduk didepan..
sempat aku berkata padanya.. "Kita pegi hospital ya ayah?"
Dia menjawab.. "Takmau la.. aku nak pi klinik"...
Elok abis dia bercakap dan belum sempat kereta bergerak..

aku nampak diri dia dah lain macam...
terus aku turun dan buka pintu belakang...
Ku panggil ayah berulang2 kali...dia dah tak menjawab.. hanya memandang ke atas..



YA ALLAH... hanya tuhan yang tahu perasaan ku ketika itu...
Abang nasem bergegas turun dari kereta..dan segera mendapatkan ayah..
Di ucapkan kalimah syahadah di telinga ayah..sambil mengurut-ngurut dada ayah..
waktu itu..aku lihat makngah ku masih dipintu rumahnya menantikan kami pergi...

syahdunya ku rasa..air mata mengalir tak berhenti-henti...
aku mengajak abang nasem untuk masuk balik ke rumah..tak payah la pegi klinik..
tapi bila abang nasem melihat ayah kembali tenang..
terus dia menyuruh aku masuk duduk bersama ayah dibelakang..
abang nasem tekad membawanya ke hospital..
semasa dalam kereta..hanya Allah yang mengetahui perasaan ku ketika itu..
Tidak henti-henti kalimah syahadah ku bacakan di telinga ayah..
dan setiap kali itu juga aku menangis bila melihat dirinya..umpama tiada harapan lagi..
sungguhku tak sanggup untuk menghadapi kemungkinan itu.. 
kerana ayah berada di dalam pangkuanku... Ya Allah..kuatkanlah semangat hambamu ini..


Sesampai di hospital..kakitangan wad kecemasan segera mendapatkan kami..
Waktu itu..ayah sudah tidak sedarkan diri..
Aku hanya mampu menangis ketika melihat mereka membawanya masuk ke kecemasan..



Sewaktu menanti ayah yang sedang dirawat di dalam kecemasan
Terus aku memberitahu dua orang anaknya yang berada di Perlis dan Lumut...
Aku menelefon juga mak aku dan memberitahu mereka yang kami membawa ayah ke hospital
dan tiada apa-apa yang teruk berlaku..
(tidak memberitahu apa sebenarnya yang berlaku..takut makngah aku risau)


Lebih kurang 15 minit selepas itu..
Doktor memanggil kami masuk ke dalam wad kecemasan itu..
Hati bertambah berdebar...

Doktor memberitahu...ayah tiada masalah jantung.. kami menarik nafas lega...
Cuma saluran pernafasan dia agak sempit dan mereka memberikan oksigen...
Doktor mohon kami untuk keluar dan biarkan dia berehat dahulu...
waktu itu jam lebih kurang 7.45 malam...jadi kami pergi menunaikan solat maghrib dahulu..
Selesai solat... kami masuk ke wad itu...dan melihat ayah kembali tenang...
kaki dan tangan sudah bergerak-gerak..alhamdulillah..kataku dalam hati...
harap-harap tiada apa-apa yang berlaku...


Hampir 4 jam menanti...
doktor memanggil masuk kembali ke wad tersebut..

hati tidak keruan..
doktor memberitahu..sehingga 4 jam itu..
mereka masih belum pasti apa penyakit ayah..
check darah semua okay..cuma tekanan darah saja rendah..
doktor menyuruh kami kembali menanti diluar...


lebih kurang pukul 12.00 malam
anaknya dari lumut tiba...
terus berjumpa doktor...dan doktor katakan padanya..
berkemungkinan ayah akan masuk wad biasa ataupun wad ICU..


kami terus menanti..
sehinggala jam 2 pagi..
barulah nampak mereka menolak ayah untuk dihantar ke wad biasa..


alhamdulillah...lega rasanya...
anak-anaknya menghantar ke wad..kerana waktu malam..
orang ramai tidak dibenarkan masuk..
waktu masuk dalam wad..abang sepupu aku bagitau..
ayah boleh bangun sendiri untuk pegi ke katilnya..
dan boleh bersembang-sembang lagi.. lega rasanya... 
mereka minta izin nak balik rumah sebentar..
dan ayah merelakannya dan memberitahu dia hendak tidur....


aku dan abang nasem pulang awal dalam 2.30 pagi..
kemudian diikuti dengan akak saudaraku itu lebih kurang 3.00 pagi..
mereka singgah dirumahku dan berjumpa dengan makngah aku yang berada dirumah aku..
aku mengajak mereka tido dirumahku..tetapi dia berkeras untuk tido dirumah mereka...
tidak sampai 5 minit mereka keluar dari rumah..kak cik (kak saudaraku) datang kembali 
ke rumah dan memanggil serta membisikkan "hospital telefon, ayah tak sedar balik"..
katanya dia hendak ke hospital..anak-anaknya ditinggalkan dirumahku..
waktu itu..makngah ku sudah tido...aku berdoa agar tiada apa2 yang berlaku...


Lebih kurang 3.45 pagi...
aku mendapat panggilan telefon darinya...
"Na...ayah dah takda..."
Ya Allah.... btolkah apa yang aku dengar ini...

Terus aku kejutkan abang nasem.. dia terkejut...
segera aku mendapatkan mak dan memaklumkannya..
kami menangis..ku lihat mak ngah yang sedang tido...lagi bertambah sebak..
bagaimana harus ku beritahunya perkara itu...sudahlah mak ngah mempunyai sakit jantung..
Ya Allah..kuatkanlah semangat hambamu ini...
Kami terpaksa berpura-pura berlakon umpama tiada apa yang berlaku bila makngah aku

terjaga dari tidonya dan melihat kami dalam keadaan kelam kabut..

Lebih kurang pukul 4.30 pagi..kak cik ku pulang dan memberitahu kepada ibunya sendiri...

dan kami terpaksa buat-buat terkejut juga umpama tidak tahu apa-apa...


Lebih kurang pukul 5.30 pagi jenazah selamat tiba dirumahnya...
Taktala aku melihat muka ayah yang terbujur kaku dan dalam keadaan senyum umpama didalam tido..hatiku tidak dapat menahan sebak..

aku menangis teresak-esak..dan satu persatu kenangan itu berada di mataku...
Kak cik memberitahu...ayah pergi dalam keadaan tido..begitu mudahnya kau meninggalkan
kami ayah...... sedangkan baru semalam kau datang kerumah kami dan bermain-main dengan anak-anak ku...rutin harianmu selepas balik dari surau...
Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa...
Engkau yang menentukan segalanya...
Ya Allah..sesungguhnya semua ini qada dan qadar mu..
Aku Redha...


Jenazah arwah ayah selamat dikebumikan pada 26 Februari 2012 selepas solat zohor..
Al-Fatihah untuk arwah ayah...
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Amin..



p/s : Sehingga ke hari ini..aku masih menangis..bagaimana harusku katakan..aku memang terlalu rapat dengannya...selepas ini aku tiada Ayah lagi.. 

~AKU REDHA... ~

2 comments:

Nor Ainun Mansor said...

Aku pun sedih jugak............
Inalilah..Semoga rohnya dicucuri rahmat...Amin..
Aku pun tak dak ayah jugak rindu betoi kat arwah.....

lynn82 said...

Terima kasih ain..
Tu la..ALLAH lebih menyayangi mereka..
Al Fatihah untuk mereka semua..
AMIN...