Wednesday, September 16, 2009

KuIH RaYe_SaMpEriT

Semalam aku terlebih rajin skit..lepas tidokan hanzalah aku pegi la bancuh tepung untuk buat kuih samperit..barang-barang ni aku beli minggu lepas lagi..cuma masa ja takda nak buat..so semalam mcm ada kelapangan sikit, tu yang buat tue... tapi..hanzalah tido sekejap saja..adalah kot dalam setengah jam..itupun selepas aku sudah siap membancuh tepung, kalau tak bancuh lagi tepung samperit tue, mmg aku tak buat lagi la...dah hanzalah jaga terpaksa la, mak sedara aku yang aku panggil tok wa menjaganya..abg nasem aku tolong potong ceri n letak ceri kat atas kuih..mak aku plak kalut ngan kuih kapit dia..alhamdulilah, mak aku pun dah sihat sikit...

aku start buat kuih ni lepas terawih, dalam kul 10 malam... mari kita tengok barang-barangnya...senang ja nak buat kuih nie..tapi time nak menekan tu yang sakit tangan-tangan tue..

ni ha bahan-bahannya...gula icing secawan, buttercup seketoi, tepung kastard suku cawan dan sebungkus tepung jagung...dan jangan lupa telur kuning sebiji dan sedikit esen vanila.

lepas sediakan semua bahan, pukul mentega dengan gula, tapi aku tak pukul pun..aku juz ramas-ramas bagi sebati ja gula dengan mentega tue..sebab kalau pukul nanti dia kembang, bila kembang bunga samperit tu nanti akan jatuh...agak2 dah sebati mentega ngan gula..masukkan plak kuning telur...sebatikan lagi..lepas tue masukkanla tepung jagung dan tepung kastard sedikit demi sedikit... uli la tepung tue sehingga menjadi doh dan siap sedia untuk ditekan....

ni kuih samperit yang telah berjaya ditekan..sakit ibu-ibu jari buat kuih nie..tapi mengenangkan ramai permintaan suruh aku buat kuih ni, terpaksala aku dengan rela hati buat kuih nie...kiranya ni kuih yang wajib kat umah aku bila time raya...sebabnya semua suka dan yang paling suka kuih ni adalah anak buah aku, Nurul Hasanah...hanzalah pun suka juga kuih nie..semalam lepas siap..suap hanzalah makan, bukan main seronok dia....

kasi zoom skit lagi...hehehehe

Dan, inilah hasilnya setelah dibakar...dapatla sebalang lebih skit..alhamdulilah...

Siap selesai buat kuih ni dalam pukul 2.00 pagi...hanzalah tak tido lagi time nie..duk teman ibu dia buat kuih..selamat la tak meragam...

so, lepas ni sapa yang nak try samperit aku nie, leh la cuba resepi ni yer..simple jek..gebu pun gebu..sedap oooo...try la...

No comments: