Thursday, August 27, 2009
MiNi KoNveNsyeN KiK 2009
Wednesday, August 26, 2009
HaNzaLah DaPat KaSut BaRu...
Ari tu aku gi jalan-jalan ngan abang nasem..abang nasem nak beli kasut dia..dapat kupon free tempat keja dia bagi..hihi..so apa lagi...shopping lew...aku gi tak bawa hanzalah..takut la nak bawa hanzalah jalan2 sekarang..yer la..macam kes duk ada kan..so lebih baik kita mencegah dari merawat...
jalan punya jalan..pilih punya pilih..aku pun tak tau dah nak suggest kasut mana kat abang aku tue..semua dia tunjuk kat aku, aku kata cantik..memang cantik pun hihihi... lepas dia dapat kasut yang dia nak tue..ada balance duit lagi..dari membazir baik aku beli kasut aku ngan hanzalah..hahaha..so aku pun mencari la kasut untuk aku ngan hanzalah... tapi aku beli selipar jek...hahaha...lepas pusing-pusing dalam kedai tu nampak satu kasut untuk budak kecik..macam padan jek ngan hanzalah..apa lagi serbat jek terus...hehehe...
DaPat Kad DaRi maMaZiLa
Tuesday, August 25, 2009
uNtUKmU kaWan2 Ku....
SOALAN 1: Yang mana patut dikerjakan dahulu, puasa 6 atau puasa qadha?
JAWAPAN : Wajib mendahulukan puasa qada' daripada puasa sunnat.Saudari boleh mengerjakan puasa qada' Ramadhan pada bulan Syawal yang secara sekaligus akan dapat pahala puasa sunnat di bulan Syawal. Puasa enam sebaik-baiknya adalah dilaksanakan secara berturut-turut, tetapi boleh juga dilakukan dengan berselang dan tidak menjadi kesalahan dari sudut hukum
SOALAN 2 : Apakah hukumnya wanita yang memakai gelang yang berloceng dan mengeluarkan bunyi ketika berjalan.
JAWAPAN : Kaum wanita diharamkan memakai gelang kaki yang berloceng, Ini merujuk kepada kitab Bahrul Mazi, (ringkasan Sahih al-Tamizi), memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa al-Tirmizi yang maksudnya: "Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng " Oleh yang demikian, kaum wanita hendaklah mengelakkan diri dari memakaikan gelang kaki yang ada loceng kerana ia boleh menarik pandangan awam. SOALAN 3 : Apakah hukumnya seseorang lelaki memakai gelang tangan, tak kira samada ianya tembaga, emas, tali, getah dan sebagai ? Lelaki memakai gelang magnet untuk tujuan penjagaan kesihatan, apakah hukumnya. JAWAPAN :Haram bagi lelaki memakai gelang emas, kerana perhiasan seumpama itu adalah bagi kaum wanita.Selain daripada itu kaum lelaki diharuskan memakai cincin daripada perak dan tidak digalakkan memakai gelang tangan daripada tembaga, tali , getah dan sebagainya atau untuk tujuan kesihatan yang tidak dapat dielakkan melainkan dengan berbuat demikian sehingga boleh memberikan kemudaratan kepada nyawa , maka ia diharuskan.
Friday, August 21, 2009
HaNzaLah aNak Ibu..
Tuesday, August 18, 2009
BuFfet RaMaDhaN...
Monday, August 17, 2009
TaK uPdAte...
Friday, August 14, 2009
MaRi MeNdeRmA DaRrRaH......
Semalam tempat kerja aku ada wat kempen menderma darah..so, yang ramai mendermanya adalah student... hehe..kenapa aku tak menderma yer..? taknakla aku...takutla..sebabnya teringat satu peristiwa ni..masa study dulu... teman seeport..classmate aku derma darah kat menara SAAS, uitm Shah Alam.
Cerita dia lebih kurang camni la..masa tu kitaorang dah tau yang ada kempen derma darah kat menara nuun...so masing2 bertanya la..nak menderma ker tak..dapat sijil oooo...aku time tu awal2 dah tarik diri..dalam geng kami berempat..aku, cik net, melly n kak lat's (aishifa.blogspot), hanya kak lat jek yang berani nak menderma darah..hehehe -ingat tak lagi kak lat peristiwa ni-
So berjalan lagi empat gadis pingitan ni kat menara..tetiba terserempak ngan mamat seeport , classmate kitaorang gak....tgk dia dah beratur nak amik darah..so kitaorang pun pegila kat dia..konon2 nak bagi support la...mula dia suruh si seeport ni baring dulu..lepas tu nurse tu pun memulakannya kerjanya...tak tau apa yang aku nampak ni betol ke tak tau la..jarum yang dicucuk untuk amik darah tu agak besar...mak aiiii...lagi la bertambah takut kalau aku nak amik darah ni..seeport dah tak berani nak tengok dah..penakut jugak mamat tue..hihi...lepas jek dia cucuk kat tangan seeport..laju jek darah tu melalui tiub tue...hihi..tak leh..tak leh..aku tak tahan..nanti aku pening...
so kesimpulannya, aku memang takut nak menderma darah nie semua...hehehe
Thursday, August 13, 2009
TeRiNgiN LeW...
Ada satu hari tu aku teringin sangat nak makan chicken chop..hehehe.ajak abang nasem teman lunch...akhirnya dapat juga aku makan chicken chop idaman kalbu...
*teringin???!!!* macam ada sesuatu jek kan? hihihihihi
Wednesday, August 12, 2009
YiPPiiEeee...!!! DaPat AwARd...
Ari ni aku dapat award dari LeNgGaNgKaNgkuNg yang telah bersusah payah mencipta award ni untuk kengkawan dia...
Terima kasih yer LeNgGaNgKaNgkuNg...
KeNduRI KeNdAra..
Hari Sabtu malam ahad lepas kami buat kenduri arwah dan kenduri sempena nak menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba nie...alhamdulilah semua berjalan lancar walaupun hujan agak lebat malam tu, tetapi tetamu tetap ramai... kali ni kenduri tak masak-masak kat umah..order lauk dari mak + ayah syeka-sweetheart kita..sedap ooo..semua kata sedap..lepas ni boleh la order lagi yer tikah ek..hehehe
Tuesday, August 11, 2009
MaNdi MaNda di AiR TeRjUn JuNjuNg...
Dalam kul dua lebih kami bertolak balik..sampai kat rumah petang tue..hanzalah bukan nak tido..yer la..ramai plak sedara mara yang datang sebabnya malam nanti kami ada buat kenduri arwah (nnt aku letak gambar ni yer)..dekat kul 9 lebih jugak la baru tido...bila selesai semua angkat hanzalah masuk tido dalam bilik....
Monday, August 10, 2009
BeNgKeL K.i.K
Friday, August 7, 2009
SeTeNgAh HaRi Di HosPiTaL...
hehehe..ni dah dekat kul 11 pun tak leh masuk jumpa doktor lagi..muka mak aku yang kebosanan menunggu...lupa nak bawa face mask..tutup ngan tisu je la mak yer.hehe....dalam kul 11.15 camtu baru mak aku dapat jumpa doctor...alhamdulilah..doctor bagitau paru-paru emak aku bertambah ok...pernafasan pun dah lancar...hehe...gembira ja muka emak aku...so next appointment 2 oktober 2009.... lepas dari jumpa doctor tu dah kena gi amik ubat kat farmasi hospital la...erm...dekat kul 12.15 baru settle..balik dari hospital singgah jap kedai beli lauk apa yang patut untuk makan tengah hari...