SAKIT!!!
Ya!!
Memang SAKIT!!!
Terlampau SAKIT!!
Huhu...
Apa yang sakit nie...?
Hehe..
Tetibe meroyan duk sebut Sakit!! Sakit!!
Tapi memang aku dalam kesakitan pun...
Haha...
Sakitla...
Gigi nak tumbuh...
Mengalahkan Huzaifah yang baru nak tumbuh gigi...
Mana tak sakitnya..gigi graham bongsu orang tua2 kata...
Muka pun bengkak sebelah...
Nak makan apa pun tak sedap..
Sebab tak da feel nak kunyah..Hikhik...
Aduh!!
Kena bersabar skit nie..
Ingat weekend ni la nak gi Dr. gigi...
Sabar...sabar.......
*mood okay gi walaupun gigi sakit*
Thursday, November 24, 2011
Saturday, November 5, 2011
nO TiTLe..
Akhirnya...
Hampir sebulan aku tak hapdet blog...
Lately ni tersangat la busy...
Sampai kadang-kadang tu kerja pun tak tau nak buat yang mana satu...
So,
Bila dah terlampau busy...
Nak update blog pun malas...
Erm...sampai kan ke blog pun dah tak tau nak letak tajuk apa...
Alhamdulillah..
Harap-harap kerja aku makin kurang skit lepas2 ni..
Boleh la menulis balik..
Chewah!
Insyallah...lepas settle dua event besar nie...akan berkurangla sikit tekanan di kepala nie..
Okehla..
dah nama pun blog 'no title'
tak payah la nak berceloteh panjang-panjang...
Dikesempatan ini...tuan blog ingin mengucapkan
"Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha"
Semoga pengorbanan kita di dunia ini akan diberi ganjarannya di akhirat esok
pengorbanan yang baik2 je ek...yang jahat2 tu tanggung la sendiri...
Sendiri mau ingat..hehehe

Friday, October 7, 2011
TaNpaMu..AkU RiNDu..
7 OKTOBER...
Ada apa dengan 7 Oktober....
Satu tarikh yang tidak pernah akan luput dari ingatanku ini selagi ada hayatku...
Hari ini..
Ketika ini...
Aku tersangat-sangat merinduinya....
Masa berlalu begitu pantas...
Hingga tak tersedar olehku...
7 Oktober 1996 hingga 7 Oktober 2011
genap 15 tahun aku hidup tanpanya..
Sesungguhnya..saat ini aku amat merinduimu ABAH...
Kau pergi dikala aku masih belum puas bermanja denganmu..
Masihku ingat detik-detik terakhir sebelum kau meninggalkan kami sekeluarga...
Waktu itu..aku masih di tingkatan dua..
Berat hati ku untuk melangkah ke sekolah pada tengah hari itu..
Tetapi kau beria-ia menyuruh aku pergi..
Dengan berat hati, aku melangkah jua ke sekolah agar tidak mematahkan harapanmu..
Sebelum pergi..seperti biasa kau akan mengucup aku terlebih dahulu...
Kemudian..kau hantarku dengan lirik mata mu....
Waktu di sekolah..
Hati ku tidak tenang...
Dalam pukul 2.00 petang...
Cikgu datang padaku dan memaklumkan bahawa pakcikku datang untuk menjemputku..
Hatiku makin tidak tenang....
Aku capai beg sekolah ku dan terus ke bilik guru...
Dalam perjalanan ke bilik guru..cikgu meminta aku bersabar...
Aku hanya mampu mengangguk...
Dari jauh ku lihat pakcikku sedang menantikan ku....
Dari matanya dapat ku lihat seakan ada sesuatu yang berlaku...
Aku pulang ke rumah....
Disaat aku tiba di hadapan rumah..
Aku tak mampu untuk melangkah masuk..
Tapi ku gagahi jua..
Aku melihat dikau terbaring dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri..
Hatiku bertambah sayu..
Aku duduk disampingmu bersama mak dan kakak yang sulong
Aku meminta maaf padamu...agar dihalalkan segalanya...
Namun semua itu tidak bermakna lagi...
Tepat jam 2.40 petang kau pergi tinggalkan kami untuk selama-lamanya..........
Duniaku seakan gelap untuk seketika..
Waktu itu..aku lihat mak rebah sambil memangku arwah abah...
Pada ketika itu..yang aku tau hanya menangis dan menangis...
Kalau ku tahu ini semua akan terjadi..aku tidak akan ke sekolah hari itu..
Aku akan sentiasa ada disampingmu...tapi itu KALAU aku tahu...
semua ini sudah suratan yang tertulis...
Dikau beria-ia ingin berjumpa dengan anakmu yang kedua..
Tapi hajatmu tidak kesampaian...
Sewaktu dikau menghembuskan nafas terakhir...
dia dalam perjalanan pulang dari Shah Alam...
Dikau selamat dikebumikan pada keesokkan harinya...
Hampir seminggu aku tidak lalu makan dan minum..
Yang aku tahu hanya menangis dan menangis...
Kerana aku tersangat MANJA denganmu abah..
Masih belum puas aku tidur dilenganmu..
Masih belum puas aku berjalan-jalan denganmu..
Masih belum puas aku menerima kucupanmu..
Walau apa pun..aku harus menerima takdir ini...
Ketentuan yang telah ditetapkan olehNya...
Aku akan kehilanganmu...
Terkadang terdetik cemburu dihati melihat orang mempunyai abah...
Tetapi... Aku harus redha...
YA, AKU REDHA dengan pemergianmu abah...
ABAH....
Sesungguhnya...
Dikala ini aku amat MERINDUIMU ABAH
Tetapi..apakan daya...
Qada' dan QadarNya tiada siapa yang dapat menghalangnya...
Melainkan aku teruskan hidup di dunia ini dan berdoa untuk mu abah....
Agar dikau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...
Ku akhiri luahan hati, bingkisan rindu ini buatmu abah dengan Al-Fatihah..
Agar dikau damai disana...
~AL-FATIHAH~

Subscribe to:
Posts (Atom)