Wednesday, April 30, 2014

..KeMbALi LaGi..

TADAAAAA..... I'M BACK!!!!

Tu dia aih.. pada lorrr..
Hampir 2 tahun menyepi..
Tiba-tiba rasa macam nak berblog kembali..

SEMANGAT OooOoo SEMANGAT..
Sila lah kembali di dalam diri ini agar kembali aktif..
Seronok pulak bila baca post-post yang lama..
Tu yang tetiba rasa macam nak kembali berblog..
Al maklumla sejak ada FB, ni blog diabaikan..
Kesian pada blogku ini... HeHe

Okeh!!
In Sha Allah..
Akan di udpate sekerap yang mungkin lepas nie..
Chaiyok! Chaiyok!

Friday, August 17, 2012

SeLaMat HaRi RaYa!!!

Phewww....
Dah berbulan tak hapdet...
Puasa pun dah dekat nak habis..
Tapi entry raya tetap nak hapdet jugak..
Aci dak lagu tue...

Tetiba je semangat menghapdet ada..
Yerla.... mood raya sudah mari...
Tambah2.. hari ni dapat cuti half day plak...
Dato' VC bagi.. Alhamdulillah...

Okehlah...
Dikesempatan ini... sempena di bulan yang mulia ini...
10 jari di susun..
Memohon kemaafan andai kata ada salah dan silap...
Mohon dimaaf dan dihalalkan segalanya...
Kepada yang nak pulang ke kampung...
Berhati-hati di jalan raya....

Akhir kata....

"SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA"


Friday, March 16, 2012

~15 Mac 2012~

Kejadiannya semalam...
15 Mac 2012..
Aku dan abg nasem...
Amik cuti..
Semata-mata hendak melayankan hero yang sorang nie..
sapa lagi kalau bukan Muhammad Hanzalah...
beria-ia nak naik kereta api...

Cadangnya cuti sekolah ni nak ke umah akak aku dekat selangor..
tapi keadaan tak mengizinkan..
akhirnya.. kami buat keputusan naik keta api dekat Bukit Bendera..
so, amik cuti untuk dua tujuan, jalan-jalan + sambut besday (sambutlah sangat kan)

Masa ni dalam kereta api tue..
Orang agak ramai..tp alhamdulillah..tak lama menunggu...


Jalan keta api itu...
Hanzalah begitu teruja... :)
Dah sampai puncak...
Ni gambar sekitar pulau pinang...

Titi gantung yang dah usang...





Sempat capture gambar keta api nak turun...

Cantik pemandangan kat sini...boleh tengok penang...

Bergambar kenangan di bukit bendera..

Jalan-jalan naik keta....
Kesian kami..takde bumbung..
Yang tong pos ni, orang yang bawa keta tu kata dah berusia
200 tahun...
Ni dekat mana ntah..dia ada cakap nama tempat tu..tapi lupa..


Tak pegi jalan mana-mana pun..
Pegi bukit bendera ja...
Lepas tu ingat nak pekena nasik kandaq Din...
sekali p dah tutup daaa...lauk dah habis.. huhu..
kempunan!!
alih-alih balik cari makan kat seberang..
Pegi aidy's cafe...
tak sempat nak snap gambar makan sbb terlalu lapar..hehe
TQ abang nasem sbb belanja makan sup tulang, chicken chop.
sizzling grill chicken..(mantop!!) dah kesudahannya...
kenyang sampai tak larat bangun...

Balik dari makan tue...
Abg nasem ngan kak aku pakat..
nak surprisekan aku..beli kek untuk aku senyap2..
pandai no cik abg nasem simpan rahsia..


Inilah kek besday aku...
Orange Cheese Cake.. Tq kak zah..tau no kegemaran adik dia..
Ini Inilah besday girl itu.. :)
Ditemani suami tercinta untuk memotong kek..
chewah (gediks gitu)

Friday, March 9, 2012

sYukUr PaDaMu Ya ALLAH..

ALHAMDULILLAH..
Syukur padamu YA ALLAH..

semalam, bersamaan 8 MAC 2012
genapla 4 tahun usia perkahwinanku dengan abg nasem..
Alhamdulillah..
Semoga ALLAH memberkati perkahwinan ini
dan mudah-mudahan jodoh ini kekal ke akhir hayat...
Amin...

Aktiviti semalam..
Takde apa sangat...
Makan-makan bersama anak-anak..
Dekat maner??
dekat Puncak Mutiara Cafe..
abang nasem teringin nak makan beriani kambing dia..
tu yang terjah situ tue...

Lepas maghrib keluar dari umah...
sampai sana dalam 8.30 malam..
ingatke orang tak ramai..ramai jugak..
sampai ada yang kena tunggu turn nak duduk occay..

aku minta nak duk dekat pondok + bersila..
senang skit dengan budak-budak kecik ni..
nak melompat ke..nak berlari ke...

okeh anak-anak...sebelum order makan posing dulu...

Adik : Cepatlah skit abang..adik tak sabar nak tgk menu ni.
Abang : Sabarla adik..abg tgh pening nak makan grill ke beriani ni

























Akhirnya..gambar orang yang sambut anibeseri


Abang tengah sibuk pilih menu...
Adik sibuk tengok duit ibu..cukup ke tak nie....hehe

Menu abang nasem..apa ke nama dia...
Puncak Mutiara Beriani Special kot...

Tuan blog punya...
Blackpepper Chicken Chop.. terbaik...



Adik pulun fries kat dia sorang2..
Tak bagi abg hanzalah skit pun..

Hanzalah tengah pulun milo ais.. (request sendiri)
sampai ayah nak suap nasik pun taknak dah...


Cendawan Puncak Mutiara...best..

Sebelum balik posing lagi..

Alhamdulillah...perut pun kenyang..
terima kasih abang nasem belanja makan...
Tahun depan belanja lagi ek..
Insyallah..

Friday, March 2, 2012

SeDiH LaGi..

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani..


Bagaimana harusku mulakan bicara ini...
........... KELU................ (termenung sejenak)



Di suatu petang
25 Februari 2012..jam 6 petang..
Hujan lebat....
Mak ngah (akak kepada mak aku)

datang dengan tongkat dan payungnya.. (kesiannya aku tengok)
mak ngah sudahlah berpenyakit lelah dan jantung.
"Kenapa ngah?" tanyaku....
"Ina..tolong pi tengok ayah hang sat" katanya...
Suami dia iaitu Pak Ngah ku...
aku lebih selesa untuk memanggilnya AYAH..
kerana sejak dari kecil ku anggap dia seperti ayahku 
dan sejak pemergian arwah abah, memang aku bergantung harap padanya...


Mak aku membawa makngah pulang dahulu..
kemudian baru abg nasem pergi kerumahnya...

aku dirumah menjaga anak2..dan kebetulan huzaifah masih tido..


Setengah jam berlalu...


Hatiku tidak tenteram..

Abang nasem pulang..katanya ayah hendak ke klinik..
Sakit perut katanya...

Aku kata...aku nak ikut...dan mak sanggup menjaga huzaifah 
Sepantas kilat aku bersiapkan diriku dan hanzalah...
Terus bawa kereta pegi ke rumahnya yang selang hanya dua biji rumah dari rumah kami..
Masa sampai di hadapan jalan masuk rumah..
Nampak dia berdiri di tepi pintu menantikan kami...



Abang nasem keluar memapah dia masuk ke dalam kereta...
dan dia duduk di belakang..aku dengan hanzalah duduk didepan..
sempat aku berkata padanya.. "Kita pegi hospital ya ayah?"
Dia menjawab.. "Takmau la.. aku nak pi klinik"...
Elok abis dia bercakap dan belum sempat kereta bergerak..

aku nampak diri dia dah lain macam...
terus aku turun dan buka pintu belakang...
Ku panggil ayah berulang2 kali...dia dah tak menjawab.. hanya memandang ke atas..



YA ALLAH... hanya tuhan yang tahu perasaan ku ketika itu...
Abang nasem bergegas turun dari kereta..dan segera mendapatkan ayah..
Di ucapkan kalimah syahadah di telinga ayah..sambil mengurut-ngurut dada ayah..
waktu itu..aku lihat makngah ku masih dipintu rumahnya menantikan kami pergi...

syahdunya ku rasa..air mata mengalir tak berhenti-henti...
aku mengajak abang nasem untuk masuk balik ke rumah..tak payah la pegi klinik..
tapi bila abang nasem melihat ayah kembali tenang..
terus dia menyuruh aku masuk duduk bersama ayah dibelakang..
abang nasem tekad membawanya ke hospital..
semasa dalam kereta..hanya Allah yang mengetahui perasaan ku ketika itu..
Tidak henti-henti kalimah syahadah ku bacakan di telinga ayah..
dan setiap kali itu juga aku menangis bila melihat dirinya..umpama tiada harapan lagi..
sungguhku tak sanggup untuk menghadapi kemungkinan itu.. 
kerana ayah berada di dalam pangkuanku... Ya Allah..kuatkanlah semangat hambamu ini..


Sesampai di hospital..kakitangan wad kecemasan segera mendapatkan kami..
Waktu itu..ayah sudah tidak sedarkan diri..
Aku hanya mampu menangis ketika melihat mereka membawanya masuk ke kecemasan..



Sewaktu menanti ayah yang sedang dirawat di dalam kecemasan
Terus aku memberitahu dua orang anaknya yang berada di Perlis dan Lumut...
Aku menelefon juga mak aku dan memberitahu mereka yang kami membawa ayah ke hospital
dan tiada apa-apa yang teruk berlaku..
(tidak memberitahu apa sebenarnya yang berlaku..takut makngah aku risau)


Lebih kurang 15 minit selepas itu..
Doktor memanggil kami masuk ke dalam wad kecemasan itu..
Hati bertambah berdebar...

Doktor memberitahu...ayah tiada masalah jantung.. kami menarik nafas lega...
Cuma saluran pernafasan dia agak sempit dan mereka memberikan oksigen...
Doktor mohon kami untuk keluar dan biarkan dia berehat dahulu...
waktu itu jam lebih kurang 7.45 malam...jadi kami pergi menunaikan solat maghrib dahulu..
Selesai solat... kami masuk ke wad itu...dan melihat ayah kembali tenang...
kaki dan tangan sudah bergerak-gerak..alhamdulillah..kataku dalam hati...
harap-harap tiada apa-apa yang berlaku...


Hampir 4 jam menanti...
doktor memanggil masuk kembali ke wad tersebut..

hati tidak keruan..
doktor memberitahu..sehingga 4 jam itu..
mereka masih belum pasti apa penyakit ayah..
check darah semua okay..cuma tekanan darah saja rendah..
doktor menyuruh kami kembali menanti diluar...


lebih kurang pukul 12.00 malam
anaknya dari lumut tiba...
terus berjumpa doktor...dan doktor katakan padanya..
berkemungkinan ayah akan masuk wad biasa ataupun wad ICU..


kami terus menanti..
sehinggala jam 2 pagi..
barulah nampak mereka menolak ayah untuk dihantar ke wad biasa..


alhamdulillah...lega rasanya...
anak-anaknya menghantar ke wad..kerana waktu malam..
orang ramai tidak dibenarkan masuk..
waktu masuk dalam wad..abang sepupu aku bagitau..
ayah boleh bangun sendiri untuk pegi ke katilnya..
dan boleh bersembang-sembang lagi.. lega rasanya... 
mereka minta izin nak balik rumah sebentar..
dan ayah merelakannya dan memberitahu dia hendak tidur....


aku dan abang nasem pulang awal dalam 2.30 pagi..
kemudian diikuti dengan akak saudaraku itu lebih kurang 3.00 pagi..
mereka singgah dirumahku dan berjumpa dengan makngah aku yang berada dirumah aku..
aku mengajak mereka tido dirumahku..tetapi dia berkeras untuk tido dirumah mereka...
tidak sampai 5 minit mereka keluar dari rumah..kak cik (kak saudaraku) datang kembali 
ke rumah dan memanggil serta membisikkan "hospital telefon, ayah tak sedar balik"..
katanya dia hendak ke hospital..anak-anaknya ditinggalkan dirumahku..
waktu itu..makngah ku sudah tido...aku berdoa agar tiada apa2 yang berlaku...


Lebih kurang 3.45 pagi...
aku mendapat panggilan telefon darinya...
"Na...ayah dah takda..."
Ya Allah.... btolkah apa yang aku dengar ini...

Terus aku kejutkan abang nasem.. dia terkejut...
segera aku mendapatkan mak dan memaklumkannya..
kami menangis..ku lihat mak ngah yang sedang tido...lagi bertambah sebak..
bagaimana harus ku beritahunya perkara itu...sudahlah mak ngah mempunyai sakit jantung..
Ya Allah..kuatkanlah semangat hambamu ini...
Kami terpaksa berpura-pura berlakon umpama tiada apa yang berlaku bila makngah aku

terjaga dari tidonya dan melihat kami dalam keadaan kelam kabut..

Lebih kurang pukul 4.30 pagi..kak cik ku pulang dan memberitahu kepada ibunya sendiri...

dan kami terpaksa buat-buat terkejut juga umpama tidak tahu apa-apa...


Lebih kurang pukul 5.30 pagi jenazah selamat tiba dirumahnya...
Taktala aku melihat muka ayah yang terbujur kaku dan dalam keadaan senyum umpama didalam tido..hatiku tidak dapat menahan sebak..

aku menangis teresak-esak..dan satu persatu kenangan itu berada di mataku...
Kak cik memberitahu...ayah pergi dalam keadaan tido..begitu mudahnya kau meninggalkan
kami ayah...... sedangkan baru semalam kau datang kerumah kami dan bermain-main dengan anak-anak ku...rutin harianmu selepas balik dari surau...
Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa...
Engkau yang menentukan segalanya...
Ya Allah..sesungguhnya semua ini qada dan qadar mu..
Aku Redha...


Jenazah arwah ayah selamat dikebumikan pada 26 Februari 2012 selepas solat zohor..
Al-Fatihah untuk arwah ayah...
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Amin..



p/s : Sehingga ke hari ini..aku masih menangis..bagaimana harusku katakan..aku memang terlalu rapat dengannya...selepas ini aku tiada Ayah lagi.. 

~AKU REDHA... ~

Thursday, February 23, 2012

MoOd SeDiH


Hari ni pepagi tadi tetiba ja mood jadik sedih..
Terlihat satu link...
Tapi tangan ni pegi gatal klik link tu lah pulak..
Argh..TAK SUKA! TAK SUKA! TAK SUKA!..

bukan tak suka apa...
tak suka sebab menangis..
menangis sebab kesian dan sedih..

Aku kalau bab-bab budak-budak @ orang yang menderita dalam kesakitan
memang aku tak sanggup nak tengok....
sebab aku tau...
setiap kali aku tengok, setiap kali air mata ni juga akan mengalir... (lembut hati la katakan)
dan membuatkan aku akan teringat-ingat...

Apapun..semoga adik itu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
Insyallah..syurga tempatmu.. Al Fatihah untuk adik itu..

~SEDIH~

Friday, January 20, 2012

ToLONg KuaTkaN SeManGaT Ku..!!

TOLONG!!!
TOLONG!!!

Tolonglah kuatkan semangatku ini...
Agar dapatku update blog seperti biasa...

Awat yang malas sangat tak tau la haih..
Maybe kekangan kerja yang terlampau banyak kot..
Sebab tu sampai dah malas nak update blog..

Tahun baru ni..
Azam pun kena baru..
Nak beraktif balik ngan blog lah...
*Harap2 bertambah duit nuffnang ku*

TAPI....
Nak buat entry apa ya kawan-kawan?
Boleh bagi IDEA tak?

TOLONG!!!
TOLONG!!!

Wednesday, December 7, 2011

OmBaK RiNDu...

OmBak RiNdu...

Dulu baca Novel..
Sekarang dah dapat tengok filem...
harap-harap lepas ni buat drama bersiri....
Baru best layan.....

Sejak filem Ombak Rindu ni keluar..
Hati meronta-ronta nak tengok sesangat...
So, Hari Isnin lepas..
Ajak abang nasem tengok wayang...
dan selamat cadangan diterima dan dipersetujui...
Melompat gembira okay....
Tq abang nasem..sudi teman gi tengok wayang citer nie..
So, hari isnin tu balik keja..terus gi beli tiket..
ambik yang pukul 8.00 punya tayangan..
anak-anak tinggal kat umah ngan atok dia..hehe..

Memang layan habis la cerita nie..
Feeling habis...
Sedih sangat...terlupa bawa tisu...
so, tudung la jadi mangsa menahan airmata yang mencurah2...



















Novel dia dah khatam banyak kali dah..
tak jemu-jemu...
Boleh tersenyum dan menangis sorang-sorang kalau membacanya,..
dan yang terkejut jugak...
Abang Nasem pun dah berminat nak baca cerita Ombak Rindu ini
Nanti nak carila cerita nie..nak tgk berulang-ulang kali...
RINDU.............

"Rinduku Umpama Ombak Yang Tak Terhenti"
"Kasihmu Bagai Pantai Yang Setia Menanti"

Friday, December 2, 2011

SaMBuTaN HaRi LaHiR HaNzaLah

Semalam  1 Disember 2011 besday hanzalah....
Memula ingat nak potong-potong kek ja...
Last2..mak aku kata nak goreng2 bihun skit..
kebetulan plak ada sedara yang balik kampung...

So..preparation adalah last minit..
Beli kentang & naget..campur dengan kacang dan keropok skit...

Jom layan gambar..tak mau citer banyak la....

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh abang tersayang.. 

Adik pun tidak ketinggalan membaca doa















Orang lain sibuk baca doa, dia sibuk makan naget..

Ini la kek besday boy...kek bola..permainan kesukaannya..






























Seronok hanzalah dapat kek nie...teruja....
Melompat-lompat bagitau dekat atok dia..dia dapat kek bola bebeday to you..

Masa untuk potong kek...Hanzalah begitu teruja...

Macam nak pegi berperang ja...adik tu nape?

Membantu hanzalah potong kek..

Ciuman untuk anak tersayang....

Potongan kek pertama...di suap ke mulut besday boy..



Adik pun nak jugak!!

Sibuk main dengan permainan bola atas kek tadi...

Menu yang menjadi rebutan..SATAY yang mantop!!

Sesi membuka hadiah....

Seronok dapat hadiah...tersenyum lebar...

Hadiah kedua pula.....apa ni??

Elephant sit n ride.. duk berebut ngan adik...

Adik tak putus asa nak main elephant nie...

Buat peace sekali ngan mata....seronok sangat la tue..

Akhirnya berjaya juga adik duduk sampai muncung mulut2..

Happy birthday hanzalah...

Seronok hanzalah bila aku sambut birthday dia..
walaupun simple..tapi aku bahagia kerana dapat gembirakan dia...

Terima kasih jugak untuk abg nasem dan atok yang banyak membantu...

Bila tanya dia balik..abang buat apa tadi...
Dia bagitau.. "ibu buat bebeday abang"..
Hehehe..comell sangat....
I Love U Hanzalah..
Ibu dan Ayah sayang Hanzalah....
            




















                                                                                      

   

Thursday, December 1, 2011

SeLaMaT HaRi LaHiR SaYaNg...

ALLAH SELAMATKAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN MUHAMMAD HANZALAH
ALLAH SELAMATKAN KAMU....

Alhamdulillah
Hari ni.. 1 Disember 2011..
Genapla 3 TAHUN umur heroku yang sulong...
Muhammad Hanzalah...
erm..orang dah nak masuk 4 tahun..
dia baru sambut birthday yang ketiga..hehe..

Alhamdulillah..
Sejak berumur 3 tahun ni..
petah sungguh dia berkata-kata...
Bertanya itu ini...
Siap pandai merajuk lagi...
Dan yang paling best..
dah pandai jaga adik kalau pegi berjalan-jalan..
Dia akan pimpin tangan adik dia...

 Inilah muka besday boy...


wat peace yang tak menjadi...

erm..takde perancangan nak celebrate kat mana...
ingat nak beli kek jek la..
sebab dia SUKAAAAA sangat main potong2 kek...
pastu suka senyum....

SELAMAT HARI LAHIR ANAK IBU...
AYAH & IBU SERTA ADIK DAN TOK
SAYANG ABANG SANGAT-SANGAT..

Bila besar nanti..
JANGAN nakal2 yer..
Jadi anak yang soleh...
Beriman dan beramal soleh..
Jangan dilupakan perintah Allah...

Thursday, November 24, 2011

SaKiT!!!

SAKIT!!!
Ya!!
Memang SAKIT!!!
Terlampau SAKIT!!
Huhu...

Apa yang sakit nie...?
Hehe..
Tetibe meroyan duk sebut Sakit!! Sakit!!
Tapi memang aku dalam kesakitan pun...
Haha...

Sakitla...
Gigi nak tumbuh...
Mengalahkan Huzaifah yang baru nak tumbuh gigi...
Mana tak sakitnya..gigi graham bongsu orang tua2 kata...
Muka pun bengkak sebelah...
Nak makan apa pun tak sedap..
Sebab tak da feel nak kunyah..Hikhik...

Aduh!!
Kena bersabar skit nie..
Ingat weekend ni la nak gi Dr. gigi...
Sabar...sabar.......

*mood okay gi walaupun gigi sakit*

Saturday, November 5, 2011

nO TiTLe..

Akhirnya...
Hampir sebulan aku tak hapdet blog...
Lately ni tersangat la busy...
Sampai kadang-kadang tu kerja pun tak tau nak buat yang mana satu...
So,
Bila dah terlampau busy...
Nak update blog pun malas...
Erm...sampai kan ke blog pun dah tak tau nak letak tajuk apa...

Alhamdulillah..
Harap-harap kerja aku makin kurang skit lepas2 ni..
Boleh la menulis balik..
Chewah!
Insyallah...lepas settle dua event besar nie...akan berkurangla sikit tekanan di kepala nie..

Okehla..
dah nama pun blog 'no title'
tak payah la nak berceloteh panjang-panjang...
Dikesempatan ini...tuan blog ingin mengucapkan
"Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha"
Semoga pengorbanan kita di dunia ini akan diberi ganjarannya di akhirat esok
pengorbanan yang baik2 je ek...yang jahat2 tu tanggung la sendiri...

Sendiri mau ingat..hehehe

Friday, October 7, 2011

TaNpaMu..AkU RiNDu..

7 OKTOBER...
Ada apa dengan 7 Oktober....
Satu tarikh yang tidak pernah akan luput dari ingatanku ini selagi ada hayatku...

Hari ini..
Ketika ini...
Aku tersangat-sangat merinduinya....
Masa berlalu begitu pantas...
Hingga tak tersedar olehku...

7 Oktober 1996 hingga 7 Oktober 2011
genap 15 tahun aku hidup tanpanya..
Sesungguhnya..saat ini aku amat merinduimu ABAH...
Kau pergi dikala aku masih belum puas bermanja denganmu..

Masihku ingat detik-detik terakhir sebelum kau meninggalkan kami sekeluarga...
Waktu itu..aku masih di tingkatan dua..
Berat hati ku untuk melangkah ke sekolah pada tengah hari itu..
Tetapi kau beria-ia menyuruh aku pergi..
Dengan berat hati, aku melangkah jua ke sekolah agar tidak mematahkan harapanmu..
Sebelum pergi..seperti biasa kau akan mengucup aku terlebih dahulu...
Kemudian..kau hantarku dengan lirik mata mu....

Waktu di sekolah..
Hati ku tidak tenang...
Dalam pukul 2.00 petang...
Cikgu datang padaku dan memaklumkan bahawa pakcikku datang untuk menjemputku..
Hatiku makin tidak tenang....
Aku capai beg sekolah ku dan terus ke bilik guru...
Dalam perjalanan ke bilik guru..cikgu meminta aku bersabar...
Aku hanya mampu mengangguk...
Dari jauh ku lihat pakcikku sedang menantikan ku....
Dari matanya dapat ku lihat seakan ada sesuatu yang berlaku...

Aku pulang ke rumah....

Disaat aku tiba di hadapan rumah..
Aku tak mampu untuk melangkah masuk..
Tapi ku gagahi jua..
Aku melihat dikau terbaring dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri..
Hatiku bertambah sayu..
Aku duduk disampingmu bersama mak dan kakak yang sulong
Aku meminta maaf padamu...agar dihalalkan segalanya...
Namun semua itu tidak bermakna lagi...
Tepat jam 2.40 petang kau pergi tinggalkan kami untuk selama-lamanya..........
Duniaku seakan gelap untuk seketika..
Waktu itu..aku lihat mak rebah sambil memangku arwah abah...
Pada ketika itu..yang aku tau hanya menangis dan menangis...
Kalau ku tahu ini semua akan terjadi..aku tidak akan ke sekolah hari itu..
Aku akan sentiasa ada disampingmu...tapi itu KALAU aku tahu...
semua ini sudah suratan yang tertulis...
Dikau beria-ia ingin berjumpa dengan anakmu yang kedua..
Tapi hajatmu tidak kesampaian...
Sewaktu dikau menghembuskan nafas terakhir...
dia dalam perjalanan pulang dari Shah Alam...

Dikau selamat dikebumikan pada keesokkan harinya...
Hampir seminggu aku tidak lalu makan dan minum..
Yang aku tahu hanya menangis dan menangis...
Kerana aku tersangat MANJA denganmu abah..
Masih belum puas aku tidur dilenganmu..
Masih belum puas aku berjalan-jalan denganmu..
Masih belum puas aku menerima kucupanmu..
Walau apa pun..aku harus menerima takdir ini...
Ketentuan yang telah ditetapkan olehNya...
Aku akan kehilanganmu...

Terkadang terdetik cemburu dihati melihat orang mempunyai abah...
Tetapi... Aku harus redha...
YA, AKU REDHA dengan pemergianmu abah...

ABAH....
Sesungguhnya...
Dikala ini aku amat MERINDUIMU ABAH
Tetapi..apakan daya...
Qada' dan QadarNya tiada siapa yang dapat menghalangnya...
Melainkan aku teruskan hidup di dunia ini dan berdoa untuk mu abah....
Agar dikau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...
Ku akhiri luahan hati, bingkisan rindu ini buatmu abah dengan Al-Fatihah..
Agar dikau damai disana...

~AL-FATIHAH~

Tuesday, October 4, 2011

NoRa eLeNa

Hihi...
Gelak dulu sebelum cerita apa-apa..
Tengok tajuk pun dah tersengeh dah...
Nak gelak ala-ala gediks boleh dak?

Kenapa tiba-tiba citer pasal nora elena plak ek?

Takde..sebenarnya...
Aku dapat tengok Nora Elena dari 1st espisod sampai habis...
Fuyooo..best giler...
Memang layan habis la....
Walaupun dah tengok sebelum ni..tapi tak jemu-jemu tengok...
Suke-suke..
Tq dekat liza sebab bawakan cerita Nora Elena ni...











 
 
Erm...sweetnya tengok aaron aziz dalam ni..
boleh tersengeh sorang-sorang...

Pendek kata tak jemu la tengok citer ni..
I LIKE.....